Wednesday, December 1, 2010

Disember: Bulan Muhasabah dan Perancangan...



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Pejam celik pejam celik,sekarang dah masuk bulan Disember.Bulan terakhir dalam setiap tahun Masihi dan permulaan awal tahun Hijrah kerana terdapat awal Muharram. Kesempatan untuk mencoret sedikit perkongsian di ruangan blog ini,sy mengajak anda semua untuk sama-sama bermuhasabah diri dan membuat refleksi terhadap apa yang terjadi dan dan dilalui sepanjang tahun ini.Masa yang berlalu pergi harus dinilai dan refleksi diri kita secara keseluruhan.Segala kedukaan,kegembiraan dan semua detik bermakna akan dikenang.Bulan Disember ini,kita nilai,di mana diri kita sebenarnya.Adakah lebih baik dari tahun lepas ataupun sebaliknya...Jawapannya ada pada diri sendiri. Justeru, marilah bermuhasabah dan baiki kelemahan dan kesilapan lalu. Bulan ini juga kita rancang tindakan dan matlamat untuk tahun depan. Azam tahun adakah tercapai atau tidak,itu jangan jadikan pengahalang untuk jadi lebih baik. Saya sekadar berkongsi dan mengajak diri saya juga kerana saya juga tidak terlepas melakukan dosa dan salah.Semoga coretan saya ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita.Tujukan matlamat untuk Islam dan Iman.Dan seperti biasa, segala yang ada sekarang bukan milik kita.Segalanya milikMu Ya Allah.wassalam...

Jom doa akhir tahun....


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, November 10, 2010

Jom istighfar...


Salam ukhuwwah...musim-musim exam ni elok kita banyakkan istighfar...hati bersih,jiwa tenang,jawapan hebat...amalkan istighfar setiap hari sehingga hembusan nafas terakhir...wassalam....

Monday, November 1, 2010

Penyokong beriman,pemain berdisiplin.....




Sekadar perkongsian dan renungan....moga dapat manfaat disebalik gambar...

Syukur...



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Alhamdulillah...alhamdulillah..itulah ucapan yg mampu diluahkan setelah detik 10.45 mlm 30 Oktober 2010...Tiupan wisel penamat menandakan berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dan sejarah tercipta...tahniah KELANTAN..ada sahabatku dari Selangor yg bertanya,itu baru pertama kali ke Kelantan menang Piala Malaysia??? Ya,itulah pertama kali.Namun,perhatikan kronologi kebangkitan Kelantan yang penuh dengan dugaan dan cabaran..Diharap selepas ini pihak yang terlibat berlaku adil.wassalam..

Friday, October 8, 2010

Salam kerinduan....



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Salam kerinduan buat semua insan yg sudi menjenguk blog ini...terlalu lama rasanya sy tidak meng-update blog ini...bila punya kesempatan untuk update, terfikir berulang kali sesuai ke tidak apa yg akan di-update.Untuk yg kali ini,terasa hati ini amat perlu meng-update blog.Dalam tempoh ini, pelbagai perkara yg terjadi...Ada di antara perkara yg terjadi ingin sy kongsikan...

4 hari 3 malam,terasa bagaikan agak lama apabila diwajibkan mengikuti perkemahan unit beruniform.Dengan keadaan pergerakan badan yg agak terhad dan kesihatan yg kurang baik,maka terpaksa hadir jugak untuk pentauliahan.Hari pertama merupakan hari yg agak muram bagi sy..namun,terselit disebalik itu,satu perasaan yg amat suka dan ceria... hanya di dalam hati sahaja...melihat seseorang yg pernah dilihat sebelum ini turut serta di perkemahan ini...Hari seterusnya dilalui dengan bermacam perasaan..letih,sakit,suka,semuanya ada...hari terakhir,rupanya 4 hari 3 malam yg dirasakan agak lama itu sebenarnya amat sebentar.Terasa ingin dipanjangkan lagi tempoh itu...

Itu sekadar perkongsian apa yang sy lalui..Berdasarkan peristiwa ini,sy terfikir betapa singkatnya masa pada ketika ini....Yang dirasakan agak lama itu sebenarnya amat singkat jika dilalui dengan kemanisan...Begitu juga dengan iman dan amal kita...
Untuk menunaikan Qiyammullail misalnya,rasanya amat lama jika nak beribadah je dari malam sampai pagi...ye,memang agak lama.tapi cuba kita lakukan dengan penuh kemanisan,rasanya sebentar sahaja. Halawatul iman itu sukar diperoleh tanpa hati yg khusyuk.

apa yang dilalui dengan penuh khusyuk akan membuahkan hasil yg amat manis. Setakat ini dulu celoteh tidak tersusun sy...minta anda kongsi mengenai " Mencintai atau menyukai seseorang bukan muslim"...boleh emeil atau komen di blog ini...ingatlah,segalanya milik-Mu Ya Allah...wassalam

Sunday, August 15, 2010

Saturday, July 31, 2010

Jom berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


hayatilah selawat dengan penuh khusyuk dan syahdu di dalam hati...

Thursday, July 15, 2010

Ku Harap Cinta...


Ku Harap Cinta
Oleh: Now See Heart

Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawaban
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta

Kuharap
kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap
kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta...

Wednesday, May 12, 2010

Happy Birthday...


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Tanggal 12 Mei 2010 genaplah setahun usia blog ini...Saya selaku insan yang bertanggungjawab terhadap blog ini memohom maaf daripada pembaca sekalian jika terdapat kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini. Blog ini hanyalah antara salah satu wasilah atau saluran untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan melalui blog ini saya dapat berkongsi dengan kalian yang sudi menziarah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pembaca atau sahabat yang sudi menziarah blog ini. InsyaAllah saya akan terus berkongsi apa yang ada dan saya akan cuba beristiqamah. Jangan malu jangan segan untuk memberi komen, nasihat dan kritikan terhadap blog ini. Segalanya adalah milik Allah dan kita semua hanya meminjam buat sementara. Semoga blog ini dan blog lain yang bermanfaat dapat meningkatkan saham kita di akhirat. Harta di dunia ialah duit dan harta di akhirat adalah amal soleh. Semoga blog ini diberkati Allah dan diteruskan selamanya. Mohon doa dan tunjuk ajar dari kalian...Selamat Hari Ulangtahun Pertama wahai blogku...wwww.shahfalah.blogspot.com

Tuesday, May 11, 2010

Jom kenali Junjungan Mulia,Muhammad S.A.W.....


NABI MUHAMMAD SAW
Insan Teragung

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

Rambutnya terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

Seimbang antara kedua bahunya

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

Warna kulitnya putih tapi sehat

Kulitnya putih lagi bercahaya

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

Badannya tidak gemuk

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

Perutnya tidak buncit

Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Friday, April 23, 2010

Nur Muhammad...suatu keunikan...


Sekadar perkongsian...selawat Nur Muhammad yang dialunkan dalam 4 bahasa berlainan merupakan suatu keunikan yang indah...sama-samalah kita hayati...

Nur Muhammad
oleh: InTeam dan Unique

Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika
Solawatullah Alaika

Para Rasul,NAbi-Nabi,
Adalah cahaya Ilahi,
Memimpin ummah dari kekufuran,
Membawa rahmat keseluruh alam,

(Bahasa Mandarin)
Sou you shi zhe,xian zhi sheng ren,
Yin Ling zhe shi ren zou xiang zhen dao,
Tao ling zhe ummah,yuan li na kufra,
Wei zheng ge yu zhou dai en chi.

(Bahasa Tamil)
Oo eraivaa unnai pottri,
Toodar Rasulullah,
Nam ellorum,andru serndu,
Eraivan valiel selvoom.

(Bahasa Inggeris)
All the Messengers,and the Prophets,
Shining bright from the light of Allah,
Saving mankind from the darkness,
Bringing rahmat to the whole world.

Thursday, April 22, 2010

Pengubat rindu....


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Mungkin entry ini agak lambat dari tarikhnye,tapi perkongsian ini rasanya tidak akan basi selamanya...sekian lama sy tidak bersua dengan inteam dan mestica...rasanya bagaikan mimum teh tanpa gula...manakan tidak,sebelum ini, sering kali bersua dan bertanya khabar...namun kesibukan membatasi segalanya...kali terakhir jumpa Mestica tahun lepas, Inteam pula lebih kurang hampir 2 tahun...Mungkin bagi kalian, setakat berjumpa dan bertemu mereka sekadar perkara biasa, namun bagi sy, setiap pertemuan seperti ada roh makrifatullah dan salamun salam ke atas Rasulullah S.A.W...Tika itu, alunan nasyid dan penghayatan terhadap liriknya tersemat utuh di kalbuku... Mestica bagaikan peniup semangat untuk teruskan kehidupan,Inteam bagaikan pengetuk hati yang sering leka dari mengingati Allah dan Rasul-Nya. Sy suka hayati lirik tapi untuk mengamalkan kesemuanya, memerlukan kekuatan dan petunjuk daripada Allah..Bila dengar betul-betul lirik nasyid,kita cuba menghayati dan akan cuba pula untuk mengamalkannya.Tika perjalanan ke suatu destinasi, ku dengar album baru In Team yang berjudul Nur Muhammad, diluar kulit album tersemat tandatangan In Team dan grafik kulit albumnya yang sangat tenang dan sejuk hati siapa yang melihatnya. Sy hayati alunan yang terdapat di dalamnya,Subhanallah...makin rindu hati ini pada Rasulullah S.A.W...keunikan yang indah apabila selawat dan pujian ke atas Baginda dialunkan dalam versi 4 bahasa berlainan hampir sama dengan albmu sebelum itu...Ini sekadar perkongsian sy bukan untuk menunjuk-nunjuk..ayuh teman...marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

Ingatlah..segalanya milik-Mu Ya Allah...bukan milik kita,kita hanya meminjam tika di dunia...renungan untuk anda dan diri sy sendiri...wassalam...moga bersua lagi...

Saturday, April 17, 2010

Sunnah Orang Berjuang...

Ya Allah...ku rindu alunan ini...kenangan,nostalgia bersama teman seperjuangan...Semoga alunan ini menjadi api dakwah yang membara kepada semua sahabat...

Sunnah Orang Berjuang: Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Tuesday, April 6, 2010

Puisi Ketika Cinta Bertasbih oleh Sheikh Jalaluddin al-Rumi


Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
—–
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa

Monday, March 29, 2010

Maklumat terbaru yang ku dapat...


Salam..Ni adalah maklumat terbaru yang ku dapat dari seorang pensyarah...Mengenai kesihatan..mungkin dapat membantu kalian dalam ikhtiar menjaga dan merawat kesihatan anda...InsyaAllah..

GEMPAR.....PRODUK KESIHATAN ABAD BARU YANG HEBAT DAN BERKESAN...TELAH TERBUKTI KEAJAIBANNYA MEMBANTU MANUSIA
DARI PELBAGAI MASALAH KESIHATAN...
I-FLASK - Bukan Termos Biasa.....ianya amat menakjubkan!!!

Tiga sifat batu permata Tourmaline yang membantu proses penyembuhan penyakit:
1. Tourmaline adalah punca “Far Infra Red (FIR)” secara semulajadi. Sifat ini akan memecahkan molekul air supaya lebih halus dan menyebabkan air lebih mudah diserap ke dalam sel badan. Ini akan menyebabkan badan cukup air dan mencepatkan proses penyembuhan dan pembuangan toksik dari badan. Selain itu air yg diminum akan lebih sedap dan kurang bau.
2. Tourmaline juga adalah punca ion –ve secara semulajadi. Ini akan mengionkan molekul air supaya bercas –ve dan membantu badan menolak radiasi +ve dari telefon bimbit dan juga membantu melancarkan peredaran darah.
3. Tourmaline juga berupaya menukar pH air dari asid kepada alkali pH 9. Kebanyakan air minuman ber pH 6 iaitu sedikit berasid. Apabila bersentuhan dengan batu Tourmaline, air akan diaktifkan dan pH bertukar kepada 9. Air alkali terbukti sebagai ajen anti-oksida dan juga menambah kandungan oksigen dalam darah.

Ini adalah suatu perkongsian daripada saya untuk semua..kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari blog ini...http://www.getaranminda.blogspot.com/

semuanya datang dari ALLAH..segalanya milik-Mu Ya Allah..

Tuesday, March 23, 2010

Cebisan kisah para salafussalih dalam menunaikan ibadah qiyamullail dan sikap mereka terhadapnya


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Berikut ini kisah para salafussalih dalam menunaikan ibadah qiyamullail dan sikap mereka terhadapnya:

1. Sa’id bin Musayyib berkata: Sungguh seseorang yang bangun pada malam hari lalu menunaikan shalat malam, Allah akan memberikan kepadanya wajah yang berseri sehingga dicintai oleh setiap muslim, dan melihatnya sebagai sosok yang belum pernah dilihat sebelumnya. Lalu beliau berkata: “Sungguh saya sangat senang kepada orang ini”

2. Disebutkan ketika Al-Hasan Al-Bashri ditanya: Kenapa orang-orang yang rajin menunaikan ibadah qiyamullail mendapatkan wajah yang berseri-seri? Beliau menjawab: karena mereka telah meluangkan waktu mereka untuk Yang Maha Rahman maka Allah memberikan kepada mereka cahaya-Nya.

3. Seorang penghulu tabi’in Sa’id bun Al-Musayyib menunaikan shalat fajar selama 50 tahun dengan wudhu shalat Isya dan beliau selalu melakukan ibadah puasa.

4. Syuraih bin Hani berkata: tidaklah seseorang kehilangan sesuatu lebih hina dari rasa kantuk yang ditinggalkannya!!! (maksudnya untuk menunaikan qiyamullail).

5. Tsabit Al-Banani berkata: tidaklah seorang hamba disebut ahli ibadah selamanya, sekalipun memiliki banyak kebaikan sehingga ia memiliki dua kebaikan ini: puasa dan shalat, karena kedunya seakan seperti daging dan darah!!

6. Imam Thawus bin Kaisan berkata: ketahuilah bahwa seseorang yang menunaikan qiyamullail dengan membaca 10 ayat Al-Qur’an hingga pagi akan ditulis untuknya 100 kebaikan atau lebih dari itu.

7. Imam Sulaiman bin Tharkhan berkata: Sesungguhnya mata jika dibiasakan tidur akan terbiasa tidur, dan jika dibiasakan bangun malam akan terbiasa untuk itu.

8. Yazid bin Aban Al-Ruqosyi berkata: Jika Saya tidur lalu bangun kemudian tidur lagi maka Allah tidak membuatku tidur lagi setelahnya.

9. Al-Fudhail bin Iyadh menggenggam tangan Al-Husain bin Ziyad, lalu berkata kepadanya; Wahai Husain, Sesungguhnya Allah turun pada setiap malam ke langit dunia lalu berkata: sungguh berdusta orang yang mengaku mencintaiku jika datang waktu malam namun terlelap tidur?!! Bukankah setiap orang yang dicintai akan meluangkan waktu kepada yang dicintainya?!!! Inilah Aku muncul melihat orang yang mencintai-KU pada saat tiba waktu malam kepada mereka,…., besok akan Aku tetapkan mata kekasih-KU di surga-KU.

10. Ibnu Al-Jauzi berkata: Ketika mendengar ucapan orang yang bersungguh-sungguh akan celaan (sungguh berdusta orang yang mengaku mencintaiku jika datang waktu malam namun terlelap tidur) dirinya bersumpah untuk tidak tidur selamanya.

11. Muhammad bin Al-Mukandar berkata: Aku mengikrarkan diriku untuk bersungguh-sungguh selama 40 tahun (maksudnya adalah bersungguh-sungguh dan gigih beribadah) sehingga aku dapat istiqamah!!

12. Tsabit bin Al-Banani berkata: Aku mengikrarkan diriku untuk bersungguh-sungguh selama 20 tahun!! Dan aku menikmatinya dengannya selama 20 tahun pula.

13. Salah seorang yang shalih menunaikan shalat sampai kakinya pecah lalu dia memukul kedua kakinya dan berkata wahai kaki yang selalu mengajak pada kejahatan engkau tidak diciptakan kecuali untuk beribadah.

14. Seorang hamba yang shalih Abdul Aziz bin Abi Rawwad menghamparkan dipannya untuk tidur pada malam hari, lalu dia meletakkan tangannya diatas kasurnya dan merasakannya, lalu dia berkata: Sungguh lembut nian engkau!! Namun dipan di surga lebih lembut darimu!! Kemudian dia bangun dan menunaika shalat.

15. Al-Fudhail bin Iyadh berkata: Jika anda tidak mampu menunaikan qiyamullail dan puasa disiang hari maka ketahuilah bahwa anda telah diharamkan darinya, anda telah dikuasai oleh banyak kesalahan dirimu.

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Salam bersua buat semua...

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Salam kerinduan buat sahabat dan pembaca sekalian... Sudah lama sy tidak menulis atau post sesuatu dalam blog ini...Tahun 2010 dimulakan dengan musibah yang tidak disangka oleh sy.Ye...hampir 3 minggu tidak masuk kelas..sekarang keadaan makin baik walaupun sakit masih dirasai dan kadang-kala perit untuk dilalui... Kuasa Allah dan perancangan Allah tiada siapa yang tahu...Tatkala diriku makin pulih dari musibah,Allah datangkan lagi ujian berikutnya. Lebih kurang jam 4.30 ptg, 5 Mac 2010, nenek tercinta telah menghembuskan nafas terakhir... Ujian yang berat bagiku namun berat lagi bagi ibuku...
Namun, segalanya diterima dengan redha..Sy berkali-kali berkata dan berpesan kepada ibu,segalanya milik Allah..semuanya pinjaman dan Dia berhak menarik balik pinjaman-Nya pada bila-bila masa dikehendaki-Nya.

Alhamdulillah,sempat juga sy mengucup wajah arwah untuk kali terakhir.Sy sekadar ingin berkongsi sedikit kejadian yang berlaku sepanjang sy menyepi dari menulis blog.
Dan apa yang sy ingin utamakan, ingatlah semua,segalanya adalah milik Allah..Kita hanya hamba-Nya yang diberi amanah untuk menjaga dan memeliharanya dengan baik. Yang penting,kita perlu bersedia dengan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah serta menghadapinya dengan penuh redha dan taqwa..InsyaAllah sy akan berkongsi lagi secibis ilmu yang ada dengan kalian jika berkesempatan.Jumpa lagi di lain entry. wassalam..

Thursday, February 25, 2010

Ya Rasulullah...

Allah,Allah,Allah...

Tika malam datang menjelma,
Ku teringat kisah lama,
Rasulullah menyebarkan,
Agama Islam tapi ditentang,

Pengorbananmu disanjung,
Tabah hadapi derita,
Kerna ingin menegakkan,
Agama Islam tercinta,

Kala ini umat Islam,
Kealapaan,kebuntuan,
Mereka tidak mengendahkan,
Suruhan Allah..

Pedihnya azabnya balasan di neraka,
Indahnya istimewa ganjaran di syurga,
Allah,Allah,Allah..