Friday, February 25, 2011

Permata Yang Dicari...


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Sekali lagi sy memasukkan entri lirik ini...Sekadar peringatan kepada diri agar mensyukuri kurniaan Allah dan peringatan agar tidak mencintai seseorang lebih daripada mencintai Allah...Segalanya Milik-Mu Ya Allah...Semoga ku harap,dialah permata yang dicari...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tuesday, February 15, 2011

I'm REJECTED.....going to be LONELY.....



Syukur...tiada komitmen yang spesifik utkku tahun ini...alhamdulillah...biar diri terasa tidak dihargai,namun terus cuba mengamalkan "Erti Hidup Pada Memberi" ...Dapat berjasa pada agama lebih bermakna daripada diri diangkat...Mission>>> Going to be BETTER than last year and find the true way of IMAN....mencari diri dalam sendirian dan kembali kepada ASAS TARBIYYAH...Kepada sahabat yg memahami,ini hanya sekadar coretan dan luahan.Bukan dituju kepada sesiapa.InsyaAllah,akan lebih maju tanpa jawatan.Sedia berbakti untuk agama dan ummah...

Thursday, February 10, 2011

Happy Birthday to me....




Ya Allah...berikanlah kekuatan padaku untuk tempuhi hidup sementara ini....

Wednesday, February 9, 2011

Secebis Mutiara Kata Untuk Direnung....part 2



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alun zikir memuji Sohibul 'Alam.

"Nabi Muhammad S.A.W ajar kita kalau nak berdoa,doalah ketika pintu langit terbuka.Bilakah ia terbuka? Ketika awal pagi,ketika khatib naik mimbar untuk berkhutbah,ketika hujan turun,ketika kecemasan yang teramat sangat dan lain-lain.
Inilah antara masa-masa yang disebut sebagai terbukanya pintu langit..."


"Selain ilmu,pengalaman juga merupakan senjata yang berharga.Oleh yang demikian,kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk turun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman,kita umpama dilepaskan ke tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang yang selamat.Namun,belum tentu kita berjaya merempuh samudera yang luas..."


"Taqwa hendaklah berdiri dengan dua asas iaitu imtisal(laksana perintah) dan ijtinab(jauhi larangan).Kedua-dua benda ni kena datang serentak baru boleh disebut sebagai TAQWA.Kalau hanya imtisal namun di dalam masa yang sama melanggar larangan Allah SWT,ia tidak dipanggil TAQWA...."


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak,tetapi biar sempurna.Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik.Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita,tetapi 'kotoran' dosa yang dibawa melalui mata,mulut,telinga,tangan dan kaki..."