Thursday, December 24, 2009

Welcome "ALAF BARU" 2010

Alaf Baru
Artis : Alarm Me

Alaf baru di hadapan
Penuh seribu cabaran
Rintangan pancaroba
Menguji ketabahan

Perjuangan kebenaran
Haruslah diteruskan
Segunung harapan
Generasi masa depan

Informasi teknologi sedunia
Faedah kepada semua
Janganlah ia disalah guna
Kelak memakan dirimu jua

Hanya keutuhan iman
Yang dapat menahan
Segala ranjau ujian

Tiada ruang larangan
Dunia tanpa sempadan
Oh kebebasan apa saja

Hiburan dibuat multimedia
Mengabui mata manusia
Hidup ilusi khayalan minda
Adakah kau sudah bersedia

Kumpulkan semangat juangmu
Meruntuh segala kebathilan
Kita bina asas kekuatan
Menghadapi masa hadapan

Thursday, December 17, 2009

Salam MAAL HIJRAH 1431



Salam kepada semua sahabat blogger dan semua pembaca...
Salam Maal Hijrah 1431 daripada shahfalah.blogspot.com
Semoga tahun baru hijrah memberi kita semua keberkatan dan kekuatan
dalam perjalanan menuju REDHA Allah S.W.T...
semoga kita dapat menghayati penghijrahan Baginda Rasulullah S.A.W dengan
penuh penghayatan seterusnya ambil iktibar disebalik yang tersurat
kerana di situ letaknya hikmah yang tersirat...

Friday, December 4, 2009

Solat Tapi Perangai Jahat...

Soalan : Ada sesetengah remaja berpendapat,kalau bersolat cukup 5 waktu tetapi masih mempunyai perangai jahat,lebih baik tak payah solat.Apa pandangan Islam tentang hal ini?

Jawapan : Solat adalah TIANG agama.”Barang siapa yang meninggalkan solat,maka dia meruntuhkan agama”(Al-Baihaqi).Beza antara seorang Muslim dengan seorang kafir juga adalah solat.Solat juga merupakan perkara PERTAMA yang akan disoal di akhirat kelak.Jika baik solatnya,maka baiklah amalan yang lain.Solat wajib dikerjakan.

Adapun berkaitan perangai jahat,ia tiada kena mengena dengan solat.Jika seseorang itu sentiasa menjaga solatnya,Insya-Allah lambat laun dia akan meninggalkan perbuatan jahat itu dan menyesalinya.

Jika seseorang yang melakukan perbuatan jahat,tidak bersolat,maka dia akan mendapat 2 dosa.Pertamma,dosa berbuat jahat dan keduanya dosa besar kerana meniggalkan solat.

Petikan dari buku Kemusykilan Remaja: 300 Soal Jawab bersama Ustaz Maszlee Malik,Pensyarah UIAM.

Sekadar perkongsian daripada akhbar I LUV ISLAM

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....

Kemarau Hati-Mestica

Kemarau Di Hati

Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu

Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata

Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu

Kemarau hati...

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Salam aidiladha...

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmatNya yang terlalu banyak tak terkira
dapat juga sy meneruskan coretan dalam blog ini.Musim hujan di pantai timur Semenanjung
Malaysia masih lagi berterusan di beberapa kawasan walaupun ada kawasan yang beransur
pulih.Dalam perjalanan sy pulang ke kampung dari Kuala Terengganu minggu lalu,
cuaca agak mendung dengan curahan air hujan dari langit menjadikan pemandangan
di dalam kereta sangat kabur dan sangat terhad.Ketika itu,perasaan riang dan
gembira untuk bertemu ibunda tersayang amat membuak-buak.Walaupun keadaan ketika
itu cuacanya sangat suram,namun perasaan hati sy amat cerah dengan kegembiraan.
Setelah sampai,tangan ibu dicium tanda kesyukuran bertemu insan tersayang.
Namun,pertemuan kami hanya seketika kerana pada keesokkannya,sy terpaksa menyahut
seruan salah seorang pakar motivasi untuk menjadi fasilitator bagi kem motivasi
pelajar tingkatan 2 darin PPD Kuala Krai.Di sana juga hujan masih berterusan.

Malam itu,pada slot "SOLAT",hati sy tersedu dengan kata-kata yang disampaikan
oleh seorang sahabat kepada peserta.Airmata terus mengalir bagaikan air sungai
mengingatkanku kepada ibuku.Selang beberapa hari,keluarga sy menerima berita yang
amat mengejutkan.Ibu bagaikan lemah tak terdaya mendengar berita itu. Pahit untuk
ditelan namun itulah hakikatnya.Itulah suratan-Nya.Syukur diriku berada di sisi
ibu ketika itu. Maaf,sy tidak dapat memberitahu berita itu.Terlalu peribadi.

Hujan membasahi daun-daun dan kenangan lalu di arus rindu...
Namun,semuanya hanya tinggal kenangan.Impian hanya tinggal impian...
Hancur hati ibu, musnah harapanku..Syukur alhamdulillah. Bagiku,
hiba ibu dapat ku pujuk dan ku motivate kembali padanya.Allah beri kekuatan
dan ketabahan kepada kami.Sy menulis entri ini hanyalah untuk meluahkan apa
yang terjadi dan mengharapkan sokongan daripada kalian.Kemarau hati yang
sy alami biarkan berlalu...Aidiladha kali ini akan mengubah lanskap kehidupan
sy.Kepada pembaca sekalian,hayatilah lagu Kemarau Hati oleh Mestica sebagai
perkongsian perasaan yang sy alami.Sesungguhnya,ku tahu, inilah kasih-Mu
Ya Allah.Segalanya yang ku ada,hanyalah pinjaman seketika,dan ku tahu di
segenap ruang rasaku,telah Kau titipkan kekuatan.Semoga entri ini dapat
memberi kekuatan kepada anda yang sedang diuji dan senasib dengannku. Yakinlah,
segalanya milik-Mu Ya Allah...wassalam...

Saturday, November 14, 2009

Gerakan Retrograd Marikh dan Hari Kiamat

Gerakan Retrograd Marikh dan Hari
Kiamat

Saksi- Rabbani feat Mawi


Saat dan waktu
Semasa hidupmu
Apa yang dilaku
Apa amalanmu

Jangan kita lupa
Dia ketahuinya
Jangn kita leka
Segala dihitungnya

Dunia sementara
Sandiwara semata
Kembali padanya
Akhirat disisinya

Hidup penuh dosa
Tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka
Kan kita terimanya

Tangan berkata
Apa dilakunya
Kaki bicara
Kemana ia melangkah

Mata bersuara
Apa pandangannya
Telinga bercerita
Apa yang didengar

* Tiba detik masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Hanya kan mendengar
Mulut bersuara
Saksi berbicara

Amalan semata…

Sujudlah kepadanya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa

Mohon iman bertakhta
Tekadkan di jiwa
Ingat segala seksa
Amalan mu ditanya

Thursday, October 29, 2009


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Ramat Ujian-Mestica


Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya

c/o

Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu

Sepi tanpa tazkirah pada diri?

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Salam kedamaian penuh kesyukuran...Sekian lama sy tidak meng-update blog ini amat memberikan impak terhadap diri sy.Apabila manusia tidak dibayangi dengan tazkirah atau nasihat,maka hati yang lemah ini mudah leka dan terdorong kepada perkara sia-sia.Sungguh! Ramai yang mengatakan bahawa "Saya tidak layak untuk nasihat orang lain kerana saya bukannya baik sangat pun". Ayat sebegini biasa kita dengar.Betul tak? Ye lah ramai yang akan cakap begitu kan...Maklumlah manusia selalu melakukan kesilapan. Tetapi,sampai bila kita nak tunggu diri kita sempurna atau perfect baru nak nasihat orang??? 3 tahun lagi ke? 4 tahun lagi ke? atau berapa lama lagi? Saya jadikan blog ini sebagai wadah untuk berkongsi nasihat dan pandangan.

Suasana ketika di bangku sekolah dulu berbeza walaupun umur masih muda dari sekarang, tetapi terasa diri ini makin hanyut tanpa tazkirah dan nasihat seperti dulu.. Kerinduan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi 'ketukan' pada sy tatkala diri ini makin leka.Apabila kita tidak cuba untuk menasihati atau dinasihati,maka mudahlah untuk diri yang lemah seperti sy hanyut dalam kelekaan dan kealpaan.Sekian lama tidak update blog,terasa makin leka walaupun ada sahabat yang menegur,namun teguran itu sekadar teguran kerana sy tidak rasa berada dalam biah solehah seperti dahulu. Umur makin meningkat, hidup makin singkat, dan terasa kubur makin dekat. Banyak ujian yang sy lalui sehinggakan terasa bagaikan tak terdaya menghadapinya. Rindu rasanya nak bermusafir seperti dulu. Dapat berada bersama sahabat-sahabat bermunajat dan merintih kepada Yang Maha Agong,Allah S.W.T suatu di sekolah dulu.

Saya tertarik dengan sepotong ayat dari lirik lagu Rahmat Ujian oleh Kumpulan Mestica, " Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan, bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian yang menjelma..." Tazkirah pada diri amat penting dalam membersihkan hati yang makin leka ini... Semoga entry ini dapat mengetuk hati sy dan pembaca sekalian...untuk menuju ke jalan redhaNya..Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.Hakikatnya, segalanya milik-Mu Ya Allah,Yang Empunya Alam..Wassalam...

Thursday, September 24, 2009

Sunday, August 16, 2009

Mana Yang Lebih Banyak Mencatat?

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Hari ini dunia semakin kebimbangan dengan kerakusan wabak H1N1 yang meragut banyak nyawa.Di Malaysia sendiri sehingga semalam(16/08/09),kematian akibat virus ini telah mencecah angka 62 orang.Pada entri yang lepas,sy telah mengatakan bahawa kita perlu mengambil langkah menjaga "kebersihan" iman kita. Kali ini sy sekadar mahu 'menjemput' kalian untuk sama-sama kita menilai diri kita.Cuba ambil beberapa minit dan renungkan,adakah malaikat Raqib yang mencatat amalan baik kita lebih banyak mencatat berbanding malaikat Atib yang mencatat amalan buruk kita?
Tepuk dada,tanya iman...Jika malaikat Atib yang banyak mencatat,cuba bayangkan keadaan kita di Mahsyar kelak.Kita mahu 'setiausaha' yang mana catat lebih banyak? Adakah kita mampu mencapai puncak Nasuha kepada Ilahi? Jawapannya terletak kepada kita. Kita perlu berusaha mempertingkatkan 'antibodi' iman kita dan meningkatkan 'sistem imun' taqwa kita kepadaNya.
Wabak yang melanda kita pada hari ini sepatutnya membuka mata hati kita untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah.Memang kita rasa 'tak apa' sebab tidak terjadi kepada keluarga kita,namun jika terkena keluarga kita,apa perasaan kita?Sama-sama kita tanya diri kita dan jawab dengan cebisan iman yang kita ada.Entri ini sekadar renungan untuk sy sendiri dan pembaca sekalian...yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah datang dari Empunya Alam.iaitu Allah Azza Wajalla..Marilah kita rayu "SEGALANYA MILIK-MU YA ALLAH"..wassalam...

Saturday, August 1, 2009

H1N1 Semakin 'Syumul'?



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Salam perjuangan kepada semua pembaca dan bloggers sekalian.Sekian lama sy tidak mengulas secara peribadi di dalam blog ini dek kerana kesibukan dengan aktiviti seharian telah sedikit sebanyak melahirkan rasa rindu untuk menulis secebis artikel.Kali ini terdetik ingin mengulas dan berkongsi dengan kalian apa yang bermain di minda kurniaan Allah ini.Hari ini virus H1N1 semakin bermaharajalela dan menyeluruh ke semua kawasan sehinggakan banyak pusat menuntut ilmu ditutup.Berkali-kali Kementerian Kesihatan mengingatkan kepada rakyat agar berwaspada dan mengambil langkah pencegahan daripada virus ini.Sejauh mana kita melaksanakannya?Sehingga entry ini ditulis virus ini telah meragut 5 nyawa di negara kita.Berapa ramai lagi mangsa seterusnya dan samapai bila?Sudah sy katakan di dalam entry sebelum ini bahawa ini mungkin bala atau ujian dari Allah.Justeru apa sebenarnya perlu kita lakukan?Pihak Kesihatan menekankan kepda semua orang agar menitikberatkan kebersihan diri dan sekeliling kita namun ada lagi perkara penting yang perlu kita 'bersihkan'.Apa sebenarnya yang perlu kita 'bersihkan'?

Jawapannya ialah bersihkan iman kita dan sekeliling kita daripada perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.CVuba kita sama-sama perhatikan dan renungkan apa yang kita nampak dan apa yang berlaku di sekeliling kita.Kan banyak maksiat dan kemungkaran yang berlaku.Sebenarnya kita perlu mengambil langkah menjaga kebersihan hati dan iman kita.Seiring dengan itu juga kita perlu menjaga kebersihan sekeliling kita daripada kemungkaran,kemaksiatan dan kezaliman.Saya tertarik dengan sepotong ayat daripada lirik lagu "Kenangan" yang dinyanyikan oleh kumpulan Saujana iaitu :

"Kala ini umat Islam kealpaan,kebuntuhan,mereka tidak mengendahkan suruhan ALLAH..."

Bagi sy,kita mampu menangani virus ini sekiranya kita semua berubah.Al-Qur'an juga telah membuktikan bahawa

"
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.(surah Ar-Rad: 11).

Entry ini sekadar lontaran idea yang ada diminda sy dan sekadar perkongsian. Sy juga menegur kepada diri sy juga.Jika ada tersalah perkataan,harap dimaafkan.Dan ingatlah apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya dan segalanya milikMu Ya Allah Yang Menguasai segalanya yang ada di dunia ini.Wassalam.





Friday, July 24, 2009

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."

Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wednesday, July 22, 2009

Taubat Seorang Hamba


Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ,terimalah,terimalah
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ,terimalah,terimlah
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah,terimalah,terimalah
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ,terimalah,terimalah
Taubatku ini...

Monday, July 6, 2009

Next "Smart Circle" topic..


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Untuk Smart Circle kali ini, kita akan mengadakan modul "solat dan penghayatannya".inisiatif ini diambil memandangkan solat merupakan ibadah utama dalam kehidupan seharian selaras dengan sebahagian petikan sabda Rasulullah s.a.w,"solat itu tiang agama".

Firman Allah di dalam Al-Quran, "Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Al Kitab dan dirikanlah solat,sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan yang keji dan munkar.dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." [surah al-Anfal:45]

Disini disertakan beberapa garis panduan tentang solat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan solat.Selebihnya akan di kupas didalam Smart Circle pada 7/07/09 lepas solat Isya'. Sekadar set induksi kepada sahabat-sahabat naqib dan mad'u ana yang menjenguk blog ini.

A.TAKRIF

ibadat bermaksud : pengabdian hamba kepada Allah berpandukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mendapatkan ganjaran daripada-Nya.

Solat : dari segi 'lughah' atau bahasa bermaskud doa.Dari segi syarak pula embawa makna beberapa perkataan dan perbuatan,didahuli dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu.

B.SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib solat:

1.I slam
2. Baligh
3. Beakal

C.SYARAT SAH SOLAT

a) Mengetahui masuknya waktu solat dengan yakin

b) Menghadap kiblat bagi org yang berkemampuan untuk melakukannya.Bagi mereka yang mempunyai keuzuran seperti sakit,dan tidak mampu menghadap kiblat,maka dibolehkan menghadap ke arah yang termampu tapi perlu mengulangi solat tersebut apabila sudah mampu.
Menghadap kiblat yang dimaksudkan disini adalah dada.Oleh itu boleh memalingkan muka tetapi ianya adalah makruh.Jika perbuatan tersebut diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut,maka solat itu batal.

c) Menutup aurat walau di mana sahaja solat itu dilakukan (ie. ditmpt awam atau ditmpt yg sunyi).aurat bagi lelaki adalah dari pusat ke lutut manakala bagi wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.

d) Suci dari sebarang najis.(anggota badan,tempat solat dan pakaian)

e) Suci dari hadas.Ini bermaksud telah pun berwhuduk dan mandi hadas --> bagi mereka yg wajib mandi hadas (ie.keluar air mani dan sebagainya)

D.RUKUN SOLAT

Terdapat 13 rukun solat:

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Berdiri betul bagi yg berkuasa
4. Membaca Al-Fatihah
5. Ruku' serta thomakninah
6. I'tidal
7. Sujud
8. Duduk diantara dua sujud dan thomakninah
9. Tahiyat akhir
10 Duduk takhiyat akhir
11.Selawat ke atas nabi
12.Salam pertama
13.Tertib

p/s: tumakninah adalah perbuatan berhenti sebentar sekadar bacaan "subhanallah" sedangakn anggota-anggota berat hendaklah berhenti.Anggota berat adalan keda-dua belah tangan termasuk pergelangan tangan,kepala dan kaki.Sekiranya anggota-anggota ini masih bergerak maka tidak dikira sebagai thomakninah.

D. SUNAT-SUNAT SOLAT

Disini disertakan beberapa sunat yang boleh dilakukan ketika solat.

1. Mengangkat kedua belah tangan ketika takbiratul ihram,ketika ruku',ketika i'tidal dan ketika bangun dari sujud
2. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri diantara dada dengan pusat dan memegangnya
3. Sentiasa memandang ke tempat sujud dan tidak mengalihkan pandangan ke arah yg lain.
4. Membaca doa iftitah
5. Membaca a'uzubillah
6. Membaca Ta'min iaitu bacaan 'amin' setelah imam selesai membaca Fatihah.
7. Membaca surah selepas bacaan Fatihah
8. Membaca takbir ketika ruku' dan membaca tahmid ketika bangun dari ruku'
9. Membaca tasbih ketika ruku'
10.Membaca tasbih ketika sujud
11.Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan semua anak jari semasa duduk diantara dua sujud
12.Duduk 'iftiraasyi' iaitu duduk diatas buku lali kaki kiri dengan menegakkan tapak kaki kanan pada semua duduk
13.Duduk 'tawarruk' iaitu duduk pada tahiyat akhir dengan mengeluarkan kaki kiri kesebelah kanan dan punggungnya diletakkan di atas lantai sedang kaki kanan diletakkan secara menegak.
14.Memberi salam kedua.


E. MAKRUH SOLAT

Terdapat beberapa makruh solat yang sebahagiannya disenaraikan disini.

1. Meninggalkan yang sunat
2. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri
3. Memandang dan mengangkat muka ke atas
4. Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa
5. Meludah ke kanan atau kehadapan sebaliknya hendaklah meludah kekiri atau ketapak kaki kirinya (jika solat seorang dan tidak dilakukan di masjid)
6. Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam
7. Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar atau menahan lapar
8. Memandang kepada sesuatu yg melalaikan yang terletak dihadapan seperti gambar,lukisan atau perhiasan dan sebagainya
9. Menurunkan kain sehinngga mencecah lantai serta menutupi kedua buku lali (bagi lelaki)
10.Solat yang dilakukan dalam keadaan yang mengantuk
11.Membunyikan ruas-ruas tangan atau leher
12.Membuka mulut ketika menguap.Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda," Menguap dalam sembahyang adalah dayang daripada syaitan,jika seseorang dari kamu menguap maka hendaklah berusaha menahannya (dari membuka mulut yang lebar)"
13.Bacaan surah pada rakaat kedua lebih panjang dari rakaat pertama.

Monday, June 29, 2009

10 Wasiat Asy-Syahid Hassan Al-Banna


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan, usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran yang dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat juga di medan perang walaupun di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba hayati maksudnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Jangalah buang masa begitu sahaja.

Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesejnya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir. Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada keselamatan Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan .Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya .Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang kamu umpat itu!!!

Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia .Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Friday, June 26, 2009

10 Peringatan dari Bumi..


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Sunday, June 14, 2009


10 jalan yang bakal dilalui...

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak (harta benda)
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (buang air)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar dan jujur
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan ingat akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah para Aulia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak/Islam
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat * Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
* Kasihilah Nabi-Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat kpd Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga kerana disitu masanya untuk kita menghambakan diri ke wajah-NYA…usahakanlah memperolehi kemuliaan kerana Islam itu sendiri memberi darjat kemuliaan kpd penganutnya. Pentingkanlah pandangan Allah drpd pandangan manusia. Fikir-fikirkanlah…Segalanya Milik-Mu Ya Allah..Wassalam…

Tuesday, June 2, 2009

Bangunan runtuh...

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Setelah sekian lama kita disepikan dengan isu 'atap bocor', kini negara digemparkan pula dengan fenomena bangunan runtuh. Mula-mula bangunan pasaraya di Petaling Jaya, kemudian stadium besar yang terbaru di Terengganu,Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Sy pernah ke sana untuk bermain bowling atau menonton perlawanan bola sepak,namun tidak pernah terlintas dalam benak hati ini bahawa stadium baru itu runtuh dalam masa terdekat setelah digunakan. Apa yang sy fokuskan ialah kejadian bangunan runtuh ini sebenarnya terjadi oleh tangan manusia itu sendiri. Bangunan pasaraya yang runtuh tersebut belum ada kelulusan dan stadium tersebut juga belum siap sepenuhnya tetapi telah digunakan. Justeru,akibat yang dihadapi orang lain amat bahaya dan mengundang maut.Sesuai dengan ayat Al-Qur'an dalam surah An-Najm ayat ke 39 yang bermaksud "dan bahawa manusia itu hanya memperolehi apa yang diusahakan". Jadi kita seharusnya mementingkan keselamatan daripadakeuntungan yang diperolehi.Harta boleh dicari,nyawa tiada galang gantinya.wassalam.

Kerja Sebagai Ibadah

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Musim cuti sekolah kembali lagi. Pelbagai rancangan diatur oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.Penulisan blog sy pun agak perlahan atas sebab-sebab tertentu.Tapi apapun, sy tetap akan memasukkan input baru untuk kita sama-sama hayati.Kali ini mengenai kerja buat kita yang dikira sebagai ibadah. Hari ini kalau kita lihat di bandar-bandar besar,ramai manusia yang berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kesenangan hidup sehingga mengabaikan tuntutan agama. Bekerja adalah salah satu tuntutan agama,sekali gus menjadi ibadah jika tidak melanggar syariat Allah. Organisasi dan pekerja Muslim seharusnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti prestasi kerjanya. Untuk melahirkan prestasi kerja yang berkualiti,perlulah mewujudkan satu budaya yang positif yang selalu menggalakkan ke arah penambahbaikan dan berterusan kepada semua lapisan pekerja daripada peringkat atasan hingga bawahan.
Budaya kerja Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman iaitu menghubungkan usaha dan pekerjaan sebagai tuntutan keagamaan.Bagi yang ingin menghayati Islam,mereka seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa. Rasulullah pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melakukan kerja ,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaiknya".(Riwayat Al-Baihaqi)

Kerja buat kita perlu dimulakan dengan niat kerana Allah dan dimulakan dengan nama Allah. Apabila kerja yang dilakukan dengan keberkatan Allah,maka kualitinya amat baik. Kerja buat kita juga perlulah berlandaskan Islam dan tidak melanggar syariat Islam seperti menutup aurat dan jujur memegang amanah.Sekadar perkongsian semasa cuti.Input seterusnya InsyaAllah akan datang.Wassalam.

Thursday, May 28, 2009




Kasih sayang...

Apabila Kita Berkasih Sayang

Alunan nasyid terbaru dari In-Team telah mengusik hati sy untuk berkongsi tentang kasih sayangyang sy terbaca dari sebuah buku. Kasih sayang adalah "makanan asasi" atau 'fitrah' setiap makhlukdi muka bumi Allah S.W.T. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebihluas daripada itu. Rasulullah S.A.W adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang. Sabda Baginda:
"Perumpamaan kaum mukmin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita,maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun panas".> Hadis Riwayat Muslim

Lihat bagaimana Baginda memberi perumpaan kasih sayang itu amat memberi kesan dan kaitan yang amat kuat terhadap manusia.Dalam satu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah,Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat Baginda ketika Baginda terdengar seorang anak menangis dahaga. Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tetapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa undahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang berkasih sayang"
(Riwayat Bukhari)

Begitu juga sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam.Dalam hal ini Rasulullah bersabda:
"Sayangilah makhluk yang ada di bumi, maka akan menyayangimu yang ada di langit"
(Riwayat Thabrani dan Hakim)

Mahabbah yang kita jalinkan hendaklah disiram dengan air iman yang suci dengan menabur budi kepada semua manusia.sekadar renungan dan pengukuh kepada ukhuwwah antara kita.wassalam...

Saturday, May 23, 2009

Ketentuan Allah (bahagian 2)

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Tanggal 22 Mei 2009,Mahkamah Rayuan telah memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.Panel tiga hakim telah mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak. Namun,sehingga saat dan ketika ini, keputusannya adalah memihak kepada Dato'Seri Dr. Zambry yang berjaya 'memenangi' kes itu. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan
pada 11 Mei yang lalu yang memihak kepada Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.Lihatlah pembaca sekalian, ketentuan Allah ini kita tidak dapat menyangka.Kadang-kadang tekaan kita betul dan kadang-kadang salah. Namun, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui.Segala perancangan yang Allah aturkan mempunyai hikmah. Suka sy memetik secebis lirik dari lagu "Rahmat Ujian" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Mestica;

"Dalam derita ada bahagia,dalam gembira mungkin terselit duka.. "

Jelas sekali melalui lirik ini,bahawa 'kemenangan' yang dikecapi oleh Dato'Dr.Zambry mungkin akan ada kedukaan, dan 'kekalahan' Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ada hikmahnya.Keputusan ini adalah ujian daripada Allah kepada kedua-dua pihak. Apa yang penting ialah keyakinan dan pergantungan kepada Allah adalah segalanya. Menang atau kalah,segalanya milik Allah. wassalam...

Thursday, May 21, 2009

Kesedaran Melalui Lirik Lagu..


Lirik Lagu Segalanya Milik-Mu oleh Kumpulan Mestica

Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

* aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...

Dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan oh Tuhan...

Tuesday, May 19, 2009

Serangan virus di Malaysia

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Hari ini kebimbangan masyarakat dunia terhadap virus H1N1 semakin meningkat. Negara kita juga tidak terkecuali dari wabak ini. Kes yang dilaporkan setakat ini menjadikan rakyat negara kita semakin runsing. Namun apa yang melanda Malaysia lebih daripada itu. Bukan setakat virus H1N1 sahaja yang melanda Malaysia,bahkan ada 2 lagi serangan wabak melanda negara kita. Di Depot Tahanan PATI di Juru,Bukit Mertajam telah menggemparkan kita dengan serangan Virus Leptospirosis. Mangsa pertama iaitu warganegara Myammar telah meninggal dunia akibat virus ini. Virus itu tersebar melalui air yang dicemari air kencing tikus di depot itu. Kemudian satu lagi penyakit yang menyebabkan kematian ialah penyakit Acute Pericarditis atau perikarditis akut. Ia berpunca daripada virus yang tidak diketahui. Virus ini melanda pelatih polis di Pusat Latihan Asas Polis (PULAPOL) di Seremban,Negeri Sembilan. Penyakit ini telah menyebabkan kematian seorang pelatih. Wabak meningitis ini telah menyebabkan beberapa pelatih dikuarantin dan diberi antibiotik profilaksis.Datuk Dr.Ramlee Rahmat,Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia berkata rakyat hendaklah menjaga kebersihan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang sy nak fokuskan ialah serangan wabak yang melanda Malaysia. Apa yang dijadikan punca atau penyebab semua wabak ini ialah virus. Sebenarnya inilah balasan daripada Allah S.W.T terhadap negara kita. Hari ini maksiat berleluasa, artis disanjung, riba berleluasa dan banyak lagi kemungkaran yang dilakukan. Ramai manusia yang lupa terhadap Allah. Tidak kembali kepada agama.Tidak takut melakukan rasuah dan pecah amanah. Bukankah ini semua antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ? Seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah S.A.W " Bilakah terjadinya hari kiamat?" Jawab Baginda " Bila amanah diabaikan maka tunggulah kiamat".(Hadis Riwayat Bukhari). Rakyat Malaysia sekalian, ayuhlah kita kembali kepada Allah dan berpegang teguh dengan agamaNya. Janganlah kita menjadi lebih teruk dari haiwan kerana mengikut iblis dan syaitan dan hendaklah kita taat perintah Allah. Kata seorang ahli sufi yang terkenal iaitu Hassan Al-Basri "Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana ia hanya menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis." Jangalah kita hanyut dengan kebahagiaan dunia kerana
kemungkinan ia merampas kebahagiaan di akhirat. Sy akhiri artikel ini dengan pesanan seorang ahli sufi yang bernama Abu 'Uthman Al-Hiri "Kebahagiaan di dunia merampas kebahagiaan di akhirat". Pesanan kepada diri sy sendiri juga. Wassalam..

Saturday, May 16, 2009

Hayatilah saudara & saudari...


Lilin Seorang Guru(In-Team)

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Thursday, May 14, 2009

Salam Hari Guru..




Awwalul kalam dengan salam,buat junjungan Khairal Anam,Dengan selawat yang disulam,Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi setia insan yang bergelar pendidik. Hari Guru merupakan hari penghargaan untuk menghargai pengorbanan dan jasa guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sajak Allahyarham Usman Awang yang berjudul "Guru Oh Guru" adalah simbolik yang menjelaskan kepada kita semua perihal pengorbanan seorang guru. Jika kita hayati, terlalu banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Ayat terakhirnya iaitu "...Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa .Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.." sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka yang lupa kepada guru dan hanya tahu mencari harta sahaja. Tidak kira siapa mereka walaupun seorang Perdana Menteri atau Presiden sekalipun, namun semuanya bermula dari guru.

Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah : " Guru Pembina Negara Bangsa"

Tema ini amat tepat kerana negara kita yang maju dan aman ini adalah bermula dari guru. Sy sedih dan kadang-kadang menyampah dengan orang yang terasa mewah yang sanggup memandang remeh terhadap profesion perguruan. Antara jawapan yang kita sering dengar ialah "Eleh jadi cikgu je?...." perkataan inilah yang sebenarnya secara langsung menghina guru. Mereka ingat mereka hebat sangat ke? Padahal cikgu yang mengajar mereka,bukan komputer.
Sedarlah semua pembaca, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru. Terlalu besar jasa dan budi kepada kita ,kita dapat baca blog ni pun hasil daripada tunjuk ajar dari guru kita kan. Adakah kita ingat lagi guru-guru kita sejak tadika lagi? Tentu ramai yang tidak ingat kan. Cuba kita pejam mata sejenak dan renung kembali wajah-wajah guru kita dahulu..Adakah setitis airmata kerinduan itu dapat membalas jasa guru kita??

Tahun ini sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan akan disambut di Taman Tamadun Islam (TTI),Pulau Wan Man,Terengganu. Tidak kira di mana jua sambutannya diadakan, kita perlu menghargai jasa dan meraikan guru kita. Cuba tanya diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan untuk membalas jasa cikgu kita..

Apapun,SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR PENDIDIK DAN JUGA KEPADA SEMUA BAKAL PENDIDIK...

Wednesday, May 13, 2009

Ketentuan Allah (bahagian 1)


Awwalul kalam dengan salam,buat junjungan Khairal Anam,Dengan selawat yang disulam,Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...

Kemenangan yang dikecapi oleh Dato'Seri Ir.Nizar Jamaluddin tidak lama kerana Mahkamah Rayuan menerima rayuan penangguhan keputusan oleh Dato'Dr.Zambry. Dato'Seri Nizar hanya mengecap kemenangan selama 19 jam seperti yang diwar-warkan oleh media arus perdana.
Inilah yang sy katakan ketentuan Allah mengubah segalanya..Rayuan itu bagi sy adalah tindakan yg tidak patut kerana ia merupakan keputusan rayuan yang luar biasa. Keputusannya terlalu cepat sedangkan banyak rayuan lain yang kadang-kala memakan masa yang lama untuk diluluskan.

Senario sebegini mengeruhkan lagi keadaan kerusi "panas" Menteri Besar Perak. Sy menulis coretan ini adalah untuk mengatakan bahawa ketentuan Allah itu tidak dapat dijangka. Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya. Justeru,kita sebenarnya tidak boleh alpa terhadap segala ni'mat yg dikurniakan kepada kita. Apa-apa boleh terjadi dan bila-bila boleh berlaku.
Walaupun keadaan di Perak semakin keruh,namun segala perancangan yg diatur oleh Allah adalah jawapannya. Kita tidak boleh menyalahkan pihak mahkamah kerana ia merupakan institusi yg adil.

Segalanya milikMu Ya Allah...
bersambung....

Monday, May 11, 2009

Tahniah Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin..



Salam kemenangan buat Menteri Besar Perak yang sah..Kesahihan tersebut semakin kukuh kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri ialah Menteri Besar Perak yang sah semalam. "Menteri Besar Sementara" iaitu Dato' Zambry telahpun dapat merasai sekejap kerusi panas itu. Walau apapun yang berlaku, marilah kita sama-sama doakan kemakmuran negeri Perak di bawah kepimpinan Islam.

Senario politik semasa memperlihatkan kepada kita bahawa semua ketentuan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Walau hebat manapun manusia yang mempunyai kuasa,namun Allah boleh mengubahnya. Semua yang ada adalah milik Mu Ya Allah.. wassalam...

salam permulaan...


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam, Dalam selawat yang disulam, Alun Zikir memuji Sohibul Alam...

Alhamdulillah akhirnya sy terbuka hati juga menjadi salah seorang bloggers di atas muka bumi Allah ini... Blog ini telah didaftar pada 12 Mei 2009 pada jam 1.45 pagi..Semoga dengan lahirnya blog ini, sy dapat membaiki diri dan bersemangat dalam perjuangan.. Wassalam...