Friday, September 30, 2011

9 jenis anak syaitan....


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis
anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih
dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka
buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga
terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth: disko, kelab
mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg
mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi
salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan
menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari


Marilah kita sama-sama berwaspada dan beringat agar anak-anak syaitan laknatullah ini tidak bersama kita. Jadikan ayat-ayat Allah sebagai pelindung diri dan akhlak Islamiyyah sebagai acuan diri...wassalam.

Monday, September 19, 2011

Bahaya Takabbur ???



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Susahnya nak update blog. Kadang-kadang buntu idea dan kadang-kadang ada idea tapi tiada masa. Insya Allah, kali ini saya ingin berkongsi mengenai bahaya takabbur. Jangan merasa kita ini hebat dan lebih hebat daripada orang lain.Usah terpedaya dengan anugerah dan nikmat yang diberikan kepada kita. Semua nikmat iatu akan dipersoalkan kelak di padang Mahsyar. Kehebatan kita bercakap dan berhujah bukan untuk berdebat dengan para ilmuan.Tunduklah dan rendahkan diri sesama muslim kerana kita semua bersaudara.Ilmu yang tinggi juga bukan tandanya kita mulia kerana ukuran kita hanya berdasarkan Taqwa.Sejauh mana ilmu itu benar-benar menjadikan jiwa kita takut kepada Allah SWT. Hiasi ilmu dengan akhlak barulah ia mewangi semerbak haruman bunga di taman.Takabbur ada tanda-tandanya seperti penyakit lain yang ada simptomnya.Elok rawat segera jika ada pada diri kita.

1. Memandang kecil usaha atau kemampuan orang lain.Orang yang takabbur hanya menganggap dirinya atau kumpulannya sahaja yang hebat dan betul.Orang lain semua salah. Langsung tidak boleh menerima hasil sumbangan pihak lain.Padanya orang lain dianggap mengancam kedudukan dan pengaruhnya.

2. Sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga lupa kekurangan diri. Baginya tujuannya itu adalah murni dan berdiri atas nama kebenaran.Jiwa yang tidak subur dengan iman dan zikir sememangnya akan menjadi begini. Mana mungkin lidah yang basah dengan zikir dan munajat ada masa untuk menyingkap kesalahan saudaranya yang lain.Lupakah kita dengan hadis:

“Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim di dunia, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan Akhirat.”

Hati yang gelisah memikirkan nasibnya di hadapan Allah akan senitiasa membaiki dirinya daripada dosa dan maksiat bukannya sentiasa mencari dan menyingkap kesalahan atau kesilapan orang lain. Trend zaman sekarang, kesilapan insan itu akan dijadikan buah mulut. Buah mulut bunyinya macam lembut je namun hakikatnya itu adalah MENGUMPAT. Kalian pasti tahu balasan pada orang yang mengumpat kan. Sikap takabbur ini adalah PEMUSNAH amalan dan ibadah kita kepada Allah. Ingatlah ! Hebatnya anda bukan kerana anda tetapi kerana nikmat dan kurnia daripada Allah. Walau anda ramai pengikut yang beratur di belakang anda seperti gerombolan perang. Walau sebanyak mana tempat yang anda telah pergi di seluruh dunia untuk berdakwah dengan cara tersendiri.Semua itu adalah kurniaan Allah yang akan dihisab.Tiada siapa yang mampu mengelak persoalan di depan Allah meskipun anda mampu mengelak-elak di dunia ini.
Nabi Adam AlaihisSalam melakukan kesalahan dengan memakan buah yang dilarang Allah di dalam Syurga lalu bertaubat maka Allah menerima taubatnya.Iblis takabbur dan enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan Allah dan tidak mahu bertaubat. Inilah beza antara melakukan maksiat dan meninggalkan perintah.Bezanya adalah pada sifat takabbur. Segala yang kita miliki hanyalah pinjaman dan kena beri semula kepada ‘Tuan’ nya.Jadi, apa yang kita ada sangat sebenarnya? Fikir-fikirkan dan muhasabahlah diri. Jangan rasa hebat, jangan rasa perfect, jangan rasa power. Segalanya Milik-Mu Ya Allah.Wassalam.