Wednesday, February 9, 2011

Secebis Mutiara Kata Untuk Direnung....part 2



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alun zikir memuji Sohibul 'Alam.

"Nabi Muhammad S.A.W ajar kita kalau nak berdoa,doalah ketika pintu langit terbuka.Bilakah ia terbuka? Ketika awal pagi,ketika khatib naik mimbar untuk berkhutbah,ketika hujan turun,ketika kecemasan yang teramat sangat dan lain-lain.
Inilah antara masa-masa yang disebut sebagai terbukanya pintu langit..."


"Selain ilmu,pengalaman juga merupakan senjata yang berharga.Oleh yang demikian,kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk turun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman,kita umpama dilepaskan ke tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang yang selamat.Namun,belum tentu kita berjaya merempuh samudera yang luas..."


"Taqwa hendaklah berdiri dengan dua asas iaitu imtisal(laksana perintah) dan ijtinab(jauhi larangan).Kedua-dua benda ni kena datang serentak baru boleh disebut sebagai TAQWA.Kalau hanya imtisal namun di dalam masa yang sama melanggar larangan Allah SWT,ia tidak dipanggil TAQWA...."


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak,tetapi biar sempurna.Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik.Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita,tetapi 'kotoran' dosa yang dibawa melalui mata,mulut,telinga,tangan dan kaki..."