Wednesday, December 1, 2010

Disember: Bulan Muhasabah dan Perancangan...



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Pejam celik pejam celik,sekarang dah masuk bulan Disember.Bulan terakhir dalam setiap tahun Masihi dan permulaan awal tahun Hijrah kerana terdapat awal Muharram. Kesempatan untuk mencoret sedikit perkongsian di ruangan blog ini,sy mengajak anda semua untuk sama-sama bermuhasabah diri dan membuat refleksi terhadap apa yang terjadi dan dan dilalui sepanjang tahun ini.Masa yang berlalu pergi harus dinilai dan refleksi diri kita secara keseluruhan.Segala kedukaan,kegembiraan dan semua detik bermakna akan dikenang.Bulan Disember ini,kita nilai,di mana diri kita sebenarnya.Adakah lebih baik dari tahun lepas ataupun sebaliknya...Jawapannya ada pada diri sendiri. Justeru, marilah bermuhasabah dan baiki kelemahan dan kesilapan lalu. Bulan ini juga kita rancang tindakan dan matlamat untuk tahun depan. Azam tahun adakah tercapai atau tidak,itu jangan jadikan pengahalang untuk jadi lebih baik. Saya sekadar berkongsi dan mengajak diri saya juga kerana saya juga tidak terlepas melakukan dosa dan salah.Semoga coretan saya ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita.Tujukan matlamat untuk Islam dan Iman.Dan seperti biasa, segala yang ada sekarang bukan milik kita.Segalanya milikMu Ya Allah.wassalam...