Thursday, April 22, 2010

Pengubat rindu....


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Mungkin entry ini agak lambat dari tarikhnye,tapi perkongsian ini rasanya tidak akan basi selamanya...sekian lama sy tidak bersua dengan inteam dan mestica...rasanya bagaikan mimum teh tanpa gula...manakan tidak,sebelum ini, sering kali bersua dan bertanya khabar...namun kesibukan membatasi segalanya...kali terakhir jumpa Mestica tahun lepas, Inteam pula lebih kurang hampir 2 tahun...Mungkin bagi kalian, setakat berjumpa dan bertemu mereka sekadar perkara biasa, namun bagi sy, setiap pertemuan seperti ada roh makrifatullah dan salamun salam ke atas Rasulullah S.A.W...Tika itu, alunan nasyid dan penghayatan terhadap liriknya tersemat utuh di kalbuku... Mestica bagaikan peniup semangat untuk teruskan kehidupan,Inteam bagaikan pengetuk hati yang sering leka dari mengingati Allah dan Rasul-Nya. Sy suka hayati lirik tapi untuk mengamalkan kesemuanya, memerlukan kekuatan dan petunjuk daripada Allah..Bila dengar betul-betul lirik nasyid,kita cuba menghayati dan akan cuba pula untuk mengamalkannya.Tika perjalanan ke suatu destinasi, ku dengar album baru In Team yang berjudul Nur Muhammad, diluar kulit album tersemat tandatangan In Team dan grafik kulit albumnya yang sangat tenang dan sejuk hati siapa yang melihatnya. Sy hayati alunan yang terdapat di dalamnya,Subhanallah...makin rindu hati ini pada Rasulullah S.A.W...keunikan yang indah apabila selawat dan pujian ke atas Baginda dialunkan dalam versi 4 bahasa berlainan hampir sama dengan albmu sebelum itu...Ini sekadar perkongsian sy bukan untuk menunjuk-nunjuk..ayuh teman...marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

Ingatlah..segalanya milik-Mu Ya Allah...bukan milik kita,kita hanya meminjam tika di dunia...renungan untuk anda dan diri sy sendiri...wassalam...moga bersua lagi...