Thursday, May 14, 2009

Salam Hari Guru..




Awwalul kalam dengan salam,buat junjungan Khairal Anam,Dengan selawat yang disulam,Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi setia insan yang bergelar pendidik. Hari Guru merupakan hari penghargaan untuk menghargai pengorbanan dan jasa guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sajak Allahyarham Usman Awang yang berjudul "Guru Oh Guru" adalah simbolik yang menjelaskan kepada kita semua perihal pengorbanan seorang guru. Jika kita hayati, terlalu banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Ayat terakhirnya iaitu "...Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa .Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.." sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka yang lupa kepada guru dan hanya tahu mencari harta sahaja. Tidak kira siapa mereka walaupun seorang Perdana Menteri atau Presiden sekalipun, namun semuanya bermula dari guru.

Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah : " Guru Pembina Negara Bangsa"

Tema ini amat tepat kerana negara kita yang maju dan aman ini adalah bermula dari guru. Sy sedih dan kadang-kadang menyampah dengan orang yang terasa mewah yang sanggup memandang remeh terhadap profesion perguruan. Antara jawapan yang kita sering dengar ialah "Eleh jadi cikgu je?...." perkataan inilah yang sebenarnya secara langsung menghina guru. Mereka ingat mereka hebat sangat ke? Padahal cikgu yang mengajar mereka,bukan komputer.
Sedarlah semua pembaca, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru. Terlalu besar jasa dan budi kepada kita ,kita dapat baca blog ni pun hasil daripada tunjuk ajar dari guru kita kan. Adakah kita ingat lagi guru-guru kita sejak tadika lagi? Tentu ramai yang tidak ingat kan. Cuba kita pejam mata sejenak dan renung kembali wajah-wajah guru kita dahulu..Adakah setitis airmata kerinduan itu dapat membalas jasa guru kita??

Tahun ini sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan akan disambut di Taman Tamadun Islam (TTI),Pulau Wan Man,Terengganu. Tidak kira di mana jua sambutannya diadakan, kita perlu menghargai jasa dan meraikan guru kita. Cuba tanya diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan untuk membalas jasa cikgu kita..

Apapun,SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR PENDIDIK DAN JUGA KEPADA SEMUA BAKAL PENDIDIK...