Saturday, May 23, 2009

Ketentuan Allah (bahagian 2)

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Tanggal 22 Mei 2009,Mahkamah Rayuan telah memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.Panel tiga hakim telah mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak. Namun,sehingga saat dan ketika ini, keputusannya adalah memihak kepada Dato'Seri Dr. Zambry yang berjaya 'memenangi' kes itu. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan
pada 11 Mei yang lalu yang memihak kepada Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.Lihatlah pembaca sekalian, ketentuan Allah ini kita tidak dapat menyangka.Kadang-kadang tekaan kita betul dan kadang-kadang salah. Namun, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui.Segala perancangan yang Allah aturkan mempunyai hikmah. Suka sy memetik secebis lirik dari lagu "Rahmat Ujian" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Mestica;

"Dalam derita ada bahagia,dalam gembira mungkin terselit duka.. "

Jelas sekali melalui lirik ini,bahawa 'kemenangan' yang dikecapi oleh Dato'Dr.Zambry mungkin akan ada kedukaan, dan 'kekalahan' Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ada hikmahnya.Keputusan ini adalah ujian daripada Allah kepada kedua-dua pihak. Apa yang penting ialah keyakinan dan pergantungan kepada Allah adalah segalanya. Menang atau kalah,segalanya milik Allah. wassalam...