Thursday, May 28, 2009

Kasih sayang...

Apabila Kita Berkasih Sayang

Alunan nasyid terbaru dari In-Team telah mengusik hati sy untuk berkongsi tentang kasih sayangyang sy terbaca dari sebuah buku. Kasih sayang adalah "makanan asasi" atau 'fitrah' setiap makhlukdi muka bumi Allah S.W.T. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebihluas daripada itu. Rasulullah S.A.W adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang. Sabda Baginda:
"Perumpamaan kaum mukmin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita,maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun panas".> Hadis Riwayat Muslim

Lihat bagaimana Baginda memberi perumpaan kasih sayang itu amat memberi kesan dan kaitan yang amat kuat terhadap manusia.Dalam satu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah,Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat Baginda ketika Baginda terdengar seorang anak menangis dahaga. Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tetapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa undahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang berkasih sayang"
(Riwayat Bukhari)

Begitu juga sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam.Dalam hal ini Rasulullah bersabda:
"Sayangilah makhluk yang ada di bumi, maka akan menyayangimu yang ada di langit"
(Riwayat Thabrani dan Hakim)

Mahabbah yang kita jalinkan hendaklah disiram dengan air iman yang suci dengan menabur budi kepada semua manusia.sekadar renungan dan pengukuh kepada ukhuwwah antara kita.wassalam...