Tuesday, May 19, 2009

Serangan virus di Malaysia

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Hari ini kebimbangan masyarakat dunia terhadap virus H1N1 semakin meningkat. Negara kita juga tidak terkecuali dari wabak ini. Kes yang dilaporkan setakat ini menjadikan rakyat negara kita semakin runsing. Namun apa yang melanda Malaysia lebih daripada itu. Bukan setakat virus H1N1 sahaja yang melanda Malaysia,bahkan ada 2 lagi serangan wabak melanda negara kita. Di Depot Tahanan PATI di Juru,Bukit Mertajam telah menggemparkan kita dengan serangan Virus Leptospirosis. Mangsa pertama iaitu warganegara Myammar telah meninggal dunia akibat virus ini. Virus itu tersebar melalui air yang dicemari air kencing tikus di depot itu. Kemudian satu lagi penyakit yang menyebabkan kematian ialah penyakit Acute Pericarditis atau perikarditis akut. Ia berpunca daripada virus yang tidak diketahui. Virus ini melanda pelatih polis di Pusat Latihan Asas Polis (PULAPOL) di Seremban,Negeri Sembilan. Penyakit ini telah menyebabkan kematian seorang pelatih. Wabak meningitis ini telah menyebabkan beberapa pelatih dikuarantin dan diberi antibiotik profilaksis.Datuk Dr.Ramlee Rahmat,Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia berkata rakyat hendaklah menjaga kebersihan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang sy nak fokuskan ialah serangan wabak yang melanda Malaysia. Apa yang dijadikan punca atau penyebab semua wabak ini ialah virus. Sebenarnya inilah balasan daripada Allah S.W.T terhadap negara kita. Hari ini maksiat berleluasa, artis disanjung, riba berleluasa dan banyak lagi kemungkaran yang dilakukan. Ramai manusia yang lupa terhadap Allah. Tidak kembali kepada agama.Tidak takut melakukan rasuah dan pecah amanah. Bukankah ini semua antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ? Seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah S.A.W " Bilakah terjadinya hari kiamat?" Jawab Baginda " Bila amanah diabaikan maka tunggulah kiamat".(Hadis Riwayat Bukhari). Rakyat Malaysia sekalian, ayuhlah kita kembali kepada Allah dan berpegang teguh dengan agamaNya. Janganlah kita menjadi lebih teruk dari haiwan kerana mengikut iblis dan syaitan dan hendaklah kita taat perintah Allah. Kata seorang ahli sufi yang terkenal iaitu Hassan Al-Basri "Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana ia hanya menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis." Jangalah kita hanyut dengan kebahagiaan dunia kerana
kemungkinan ia merampas kebahagiaan di akhirat. Sy akhiri artikel ini dengan pesanan seorang ahli sufi yang bernama Abu 'Uthman Al-Hiri "Kebahagiaan di dunia merampas kebahagiaan di akhirat". Pesanan kepada diri sy sendiri juga. Wassalam..