Monday, July 6, 2009

Next "Smart Circle" topic..


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Untuk Smart Circle kali ini, kita akan mengadakan modul "solat dan penghayatannya".inisiatif ini diambil memandangkan solat merupakan ibadah utama dalam kehidupan seharian selaras dengan sebahagian petikan sabda Rasulullah s.a.w,"solat itu tiang agama".

Firman Allah di dalam Al-Quran, "Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Al Kitab dan dirikanlah solat,sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan yang keji dan munkar.dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." [surah al-Anfal:45]

Disini disertakan beberapa garis panduan tentang solat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan solat.Selebihnya akan di kupas didalam Smart Circle pada 7/07/09 lepas solat Isya'. Sekadar set induksi kepada sahabat-sahabat naqib dan mad'u ana yang menjenguk blog ini.

A.TAKRIF

ibadat bermaksud : pengabdian hamba kepada Allah berpandukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mendapatkan ganjaran daripada-Nya.

Solat : dari segi 'lughah' atau bahasa bermaskud doa.Dari segi syarak pula embawa makna beberapa perkataan dan perbuatan,didahuli dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu.

B.SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib solat:

1.I slam
2. Baligh
3. Beakal

C.SYARAT SAH SOLAT

a) Mengetahui masuknya waktu solat dengan yakin

b) Menghadap kiblat bagi org yang berkemampuan untuk melakukannya.Bagi mereka yang mempunyai keuzuran seperti sakit,dan tidak mampu menghadap kiblat,maka dibolehkan menghadap ke arah yang termampu tapi perlu mengulangi solat tersebut apabila sudah mampu.
Menghadap kiblat yang dimaksudkan disini adalah dada.Oleh itu boleh memalingkan muka tetapi ianya adalah makruh.Jika perbuatan tersebut diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut,maka solat itu batal.

c) Menutup aurat walau di mana sahaja solat itu dilakukan (ie. ditmpt awam atau ditmpt yg sunyi).aurat bagi lelaki adalah dari pusat ke lutut manakala bagi wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.

d) Suci dari sebarang najis.(anggota badan,tempat solat dan pakaian)

e) Suci dari hadas.Ini bermaksud telah pun berwhuduk dan mandi hadas --> bagi mereka yg wajib mandi hadas (ie.keluar air mani dan sebagainya)

D.RUKUN SOLAT

Terdapat 13 rukun solat:

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Berdiri betul bagi yg berkuasa
4. Membaca Al-Fatihah
5. Ruku' serta thomakninah
6. I'tidal
7. Sujud
8. Duduk diantara dua sujud dan thomakninah
9. Tahiyat akhir
10 Duduk takhiyat akhir
11.Selawat ke atas nabi
12.Salam pertama
13.Tertib

p/s: tumakninah adalah perbuatan berhenti sebentar sekadar bacaan "subhanallah" sedangakn anggota-anggota berat hendaklah berhenti.Anggota berat adalan keda-dua belah tangan termasuk pergelangan tangan,kepala dan kaki.Sekiranya anggota-anggota ini masih bergerak maka tidak dikira sebagai thomakninah.

D. SUNAT-SUNAT SOLAT

Disini disertakan beberapa sunat yang boleh dilakukan ketika solat.

1. Mengangkat kedua belah tangan ketika takbiratul ihram,ketika ruku',ketika i'tidal dan ketika bangun dari sujud
2. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri diantara dada dengan pusat dan memegangnya
3. Sentiasa memandang ke tempat sujud dan tidak mengalihkan pandangan ke arah yg lain.
4. Membaca doa iftitah
5. Membaca a'uzubillah
6. Membaca Ta'min iaitu bacaan 'amin' setelah imam selesai membaca Fatihah.
7. Membaca surah selepas bacaan Fatihah
8. Membaca takbir ketika ruku' dan membaca tahmid ketika bangun dari ruku'
9. Membaca tasbih ketika ruku'
10.Membaca tasbih ketika sujud
11.Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan semua anak jari semasa duduk diantara dua sujud
12.Duduk 'iftiraasyi' iaitu duduk diatas buku lali kaki kiri dengan menegakkan tapak kaki kanan pada semua duduk
13.Duduk 'tawarruk' iaitu duduk pada tahiyat akhir dengan mengeluarkan kaki kiri kesebelah kanan dan punggungnya diletakkan di atas lantai sedang kaki kanan diletakkan secara menegak.
14.Memberi salam kedua.


E. MAKRUH SOLAT

Terdapat beberapa makruh solat yang sebahagiannya disenaraikan disini.

1. Meninggalkan yang sunat
2. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri
3. Memandang dan mengangkat muka ke atas
4. Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa
5. Meludah ke kanan atau kehadapan sebaliknya hendaklah meludah kekiri atau ketapak kaki kirinya (jika solat seorang dan tidak dilakukan di masjid)
6. Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam
7. Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar atau menahan lapar
8. Memandang kepada sesuatu yg melalaikan yang terletak dihadapan seperti gambar,lukisan atau perhiasan dan sebagainya
9. Menurunkan kain sehinngga mencecah lantai serta menutupi kedua buku lali (bagi lelaki)
10.Solat yang dilakukan dalam keadaan yang mengantuk
11.Membunyikan ruas-ruas tangan atau leher
12.Membuka mulut ketika menguap.Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda," Menguap dalam sembahyang adalah dayang daripada syaitan,jika seseorang dari kamu menguap maka hendaklah berusaha menahannya (dari membuka mulut yang lebar)"
13.Bacaan surah pada rakaat kedua lebih panjang dari rakaat pertama.