Monday, June 29, 2009

10 Wasiat Asy-Syahid Hassan Al-Banna


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan, usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran yang dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat juga di medan perang walaupun di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba hayati maksudnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Jangalah buang masa begitu sahaja.

Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesejnya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir. Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada keselamatan Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan .Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya .Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang kamu umpat itu!!!

Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia .Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Friday, June 26, 2009

10 Peringatan dari Bumi..


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Sunday, June 14, 2009


10 jalan yang bakal dilalui...

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak (harta benda)
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (buang air)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar dan jujur
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan ingat akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah para Aulia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak/Islam
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat * Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
* Kasihilah Nabi-Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat kpd Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga kerana disitu masanya untuk kita menghambakan diri ke wajah-NYA…usahakanlah memperolehi kemuliaan kerana Islam itu sendiri memberi darjat kemuliaan kpd penganutnya. Pentingkanlah pandangan Allah drpd pandangan manusia. Fikir-fikirkanlah…Segalanya Milik-Mu Ya Allah..Wassalam…

Tuesday, June 2, 2009

Bangunan runtuh...

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Setelah sekian lama kita disepikan dengan isu 'atap bocor', kini negara digemparkan pula dengan fenomena bangunan runtuh. Mula-mula bangunan pasaraya di Petaling Jaya, kemudian stadium besar yang terbaru di Terengganu,Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Sy pernah ke sana untuk bermain bowling atau menonton perlawanan bola sepak,namun tidak pernah terlintas dalam benak hati ini bahawa stadium baru itu runtuh dalam masa terdekat setelah digunakan. Apa yang sy fokuskan ialah kejadian bangunan runtuh ini sebenarnya terjadi oleh tangan manusia itu sendiri. Bangunan pasaraya yang runtuh tersebut belum ada kelulusan dan stadium tersebut juga belum siap sepenuhnya tetapi telah digunakan. Justeru,akibat yang dihadapi orang lain amat bahaya dan mengundang maut.Sesuai dengan ayat Al-Qur'an dalam surah An-Najm ayat ke 39 yang bermaksud "dan bahawa manusia itu hanya memperolehi apa yang diusahakan". Jadi kita seharusnya mementingkan keselamatan daripadakeuntungan yang diperolehi.Harta boleh dicari,nyawa tiada galang gantinya.wassalam.

Kerja Sebagai Ibadah

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Musim cuti sekolah kembali lagi. Pelbagai rancangan diatur oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.Penulisan blog sy pun agak perlahan atas sebab-sebab tertentu.Tapi apapun, sy tetap akan memasukkan input baru untuk kita sama-sama hayati.Kali ini mengenai kerja buat kita yang dikira sebagai ibadah. Hari ini kalau kita lihat di bandar-bandar besar,ramai manusia yang berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kesenangan hidup sehingga mengabaikan tuntutan agama. Bekerja adalah salah satu tuntutan agama,sekali gus menjadi ibadah jika tidak melanggar syariat Allah. Organisasi dan pekerja Muslim seharusnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti prestasi kerjanya. Untuk melahirkan prestasi kerja yang berkualiti,perlulah mewujudkan satu budaya yang positif yang selalu menggalakkan ke arah penambahbaikan dan berterusan kepada semua lapisan pekerja daripada peringkat atasan hingga bawahan.
Budaya kerja Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman iaitu menghubungkan usaha dan pekerjaan sebagai tuntutan keagamaan.Bagi yang ingin menghayati Islam,mereka seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa. Rasulullah pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melakukan kerja ,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaiknya".(Riwayat Al-Baihaqi)

Kerja buat kita perlu dimulakan dengan niat kerana Allah dan dimulakan dengan nama Allah. Apabila kerja yang dilakukan dengan keberkatan Allah,maka kualitinya amat baik. Kerja buat kita juga perlulah berlandaskan Islam dan tidak melanggar syariat Islam seperti menutup aurat dan jujur memegang amanah.Sekadar perkongsian semasa cuti.Input seterusnya InsyaAllah akan datang.Wassalam.