Thursday, May 28, 2009




Kasih sayang...

Apabila Kita Berkasih Sayang

Alunan nasyid terbaru dari In-Team telah mengusik hati sy untuk berkongsi tentang kasih sayangyang sy terbaca dari sebuah buku. Kasih sayang adalah "makanan asasi" atau 'fitrah' setiap makhlukdi muka bumi Allah S.W.T. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebihluas daripada itu. Rasulullah S.A.W adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang. Sabda Baginda:
"Perumpamaan kaum mukmin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita,maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun panas".> Hadis Riwayat Muslim

Lihat bagaimana Baginda memberi perumpaan kasih sayang itu amat memberi kesan dan kaitan yang amat kuat terhadap manusia.Dalam satu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah,Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat Baginda ketika Baginda terdengar seorang anak menangis dahaga. Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tetapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa undahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang berkasih sayang"
(Riwayat Bukhari)

Begitu juga sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam.Dalam hal ini Rasulullah bersabda:
"Sayangilah makhluk yang ada di bumi, maka akan menyayangimu yang ada di langit"
(Riwayat Thabrani dan Hakim)

Mahabbah yang kita jalinkan hendaklah disiram dengan air iman yang suci dengan menabur budi kepada semua manusia.sekadar renungan dan pengukuh kepada ukhuwwah antara kita.wassalam...

Saturday, May 23, 2009

Ketentuan Allah (bahagian 2)

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Tanggal 22 Mei 2009,Mahkamah Rayuan telah memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.Panel tiga hakim telah mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak. Namun,sehingga saat dan ketika ini, keputusannya adalah memihak kepada Dato'Seri Dr. Zambry yang berjaya 'memenangi' kes itu. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan
pada 11 Mei yang lalu yang memihak kepada Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.Lihatlah pembaca sekalian, ketentuan Allah ini kita tidak dapat menyangka.Kadang-kadang tekaan kita betul dan kadang-kadang salah. Namun, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui.Segala perancangan yang Allah aturkan mempunyai hikmah. Suka sy memetik secebis lirik dari lagu "Rahmat Ujian" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Mestica;

"Dalam derita ada bahagia,dalam gembira mungkin terselit duka.. "

Jelas sekali melalui lirik ini,bahawa 'kemenangan' yang dikecapi oleh Dato'Dr.Zambry mungkin akan ada kedukaan, dan 'kekalahan' Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ada hikmahnya.Keputusan ini adalah ujian daripada Allah kepada kedua-dua pihak. Apa yang penting ialah keyakinan dan pergantungan kepada Allah adalah segalanya. Menang atau kalah,segalanya milik Allah. wassalam...

Thursday, May 21, 2009

Kesedaran Melalui Lirik Lagu..


Lirik Lagu Segalanya Milik-Mu oleh Kumpulan Mestica

Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

* aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...

Dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan oh Tuhan...

Tuesday, May 19, 2009

Serangan virus di Malaysia

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Hari ini kebimbangan masyarakat dunia terhadap virus H1N1 semakin meningkat. Negara kita juga tidak terkecuali dari wabak ini. Kes yang dilaporkan setakat ini menjadikan rakyat negara kita semakin runsing. Namun apa yang melanda Malaysia lebih daripada itu. Bukan setakat virus H1N1 sahaja yang melanda Malaysia,bahkan ada 2 lagi serangan wabak melanda negara kita. Di Depot Tahanan PATI di Juru,Bukit Mertajam telah menggemparkan kita dengan serangan Virus Leptospirosis. Mangsa pertama iaitu warganegara Myammar telah meninggal dunia akibat virus ini. Virus itu tersebar melalui air yang dicemari air kencing tikus di depot itu. Kemudian satu lagi penyakit yang menyebabkan kematian ialah penyakit Acute Pericarditis atau perikarditis akut. Ia berpunca daripada virus yang tidak diketahui. Virus ini melanda pelatih polis di Pusat Latihan Asas Polis (PULAPOL) di Seremban,Negeri Sembilan. Penyakit ini telah menyebabkan kematian seorang pelatih. Wabak meningitis ini telah menyebabkan beberapa pelatih dikuarantin dan diberi antibiotik profilaksis.Datuk Dr.Ramlee Rahmat,Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia berkata rakyat hendaklah menjaga kebersihan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang sy nak fokuskan ialah serangan wabak yang melanda Malaysia. Apa yang dijadikan punca atau penyebab semua wabak ini ialah virus. Sebenarnya inilah balasan daripada Allah S.W.T terhadap negara kita. Hari ini maksiat berleluasa, artis disanjung, riba berleluasa dan banyak lagi kemungkaran yang dilakukan. Ramai manusia yang lupa terhadap Allah. Tidak kembali kepada agama.Tidak takut melakukan rasuah dan pecah amanah. Bukankah ini semua antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ? Seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah S.A.W " Bilakah terjadinya hari kiamat?" Jawab Baginda " Bila amanah diabaikan maka tunggulah kiamat".(Hadis Riwayat Bukhari). Rakyat Malaysia sekalian, ayuhlah kita kembali kepada Allah dan berpegang teguh dengan agamaNya. Janganlah kita menjadi lebih teruk dari haiwan kerana mengikut iblis dan syaitan dan hendaklah kita taat perintah Allah. Kata seorang ahli sufi yang terkenal iaitu Hassan Al-Basri "Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana ia hanya menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis." Jangalah kita hanyut dengan kebahagiaan dunia kerana
kemungkinan ia merampas kebahagiaan di akhirat. Sy akhiri artikel ini dengan pesanan seorang ahli sufi yang bernama Abu 'Uthman Al-Hiri "Kebahagiaan di dunia merampas kebahagiaan di akhirat". Pesanan kepada diri sy sendiri juga. Wassalam..

Saturday, May 16, 2009

Hayatilah saudara & saudari...


Lilin Seorang Guru(In-Team)

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Thursday, May 14, 2009

Salam Hari Guru..




Awwalul kalam dengan salam,buat junjungan Khairal Anam,Dengan selawat yang disulam,Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi setia insan yang bergelar pendidik. Hari Guru merupakan hari penghargaan untuk menghargai pengorbanan dan jasa guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sajak Allahyarham Usman Awang yang berjudul "Guru Oh Guru" adalah simbolik yang menjelaskan kepada kita semua perihal pengorbanan seorang guru. Jika kita hayati, terlalu banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Ayat terakhirnya iaitu "...Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa .Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.." sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka yang lupa kepada guru dan hanya tahu mencari harta sahaja. Tidak kira siapa mereka walaupun seorang Perdana Menteri atau Presiden sekalipun, namun semuanya bermula dari guru.

Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah : " Guru Pembina Negara Bangsa"

Tema ini amat tepat kerana negara kita yang maju dan aman ini adalah bermula dari guru. Sy sedih dan kadang-kadang menyampah dengan orang yang terasa mewah yang sanggup memandang remeh terhadap profesion perguruan. Antara jawapan yang kita sering dengar ialah "Eleh jadi cikgu je?...." perkataan inilah yang sebenarnya secara langsung menghina guru. Mereka ingat mereka hebat sangat ke? Padahal cikgu yang mengajar mereka,bukan komputer.
Sedarlah semua pembaca, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru. Terlalu besar jasa dan budi kepada kita ,kita dapat baca blog ni pun hasil daripada tunjuk ajar dari guru kita kan. Adakah kita ingat lagi guru-guru kita sejak tadika lagi? Tentu ramai yang tidak ingat kan. Cuba kita pejam mata sejenak dan renung kembali wajah-wajah guru kita dahulu..Adakah setitis airmata kerinduan itu dapat membalas jasa guru kita??

Tahun ini sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan akan disambut di Taman Tamadun Islam (TTI),Pulau Wan Man,Terengganu. Tidak kira di mana jua sambutannya diadakan, kita perlu menghargai jasa dan meraikan guru kita. Cuba tanya diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan untuk membalas jasa cikgu kita..

Apapun,SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR PENDIDIK DAN JUGA KEPADA SEMUA BAKAL PENDIDIK...

Wednesday, May 13, 2009

Ketentuan Allah (bahagian 1)


Awwalul kalam dengan salam,buat junjungan Khairal Anam,Dengan selawat yang disulam,Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...

Kemenangan yang dikecapi oleh Dato'Seri Ir.Nizar Jamaluddin tidak lama kerana Mahkamah Rayuan menerima rayuan penangguhan keputusan oleh Dato'Dr.Zambry. Dato'Seri Nizar hanya mengecap kemenangan selama 19 jam seperti yang diwar-warkan oleh media arus perdana.
Inilah yang sy katakan ketentuan Allah mengubah segalanya..Rayuan itu bagi sy adalah tindakan yg tidak patut kerana ia merupakan keputusan rayuan yang luar biasa. Keputusannya terlalu cepat sedangkan banyak rayuan lain yang kadang-kala memakan masa yang lama untuk diluluskan.

Senario sebegini mengeruhkan lagi keadaan kerusi "panas" Menteri Besar Perak. Sy menulis coretan ini adalah untuk mengatakan bahawa ketentuan Allah itu tidak dapat dijangka. Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya. Justeru,kita sebenarnya tidak boleh alpa terhadap segala ni'mat yg dikurniakan kepada kita. Apa-apa boleh terjadi dan bila-bila boleh berlaku.
Walaupun keadaan di Perak semakin keruh,namun segala perancangan yg diatur oleh Allah adalah jawapannya. Kita tidak boleh menyalahkan pihak mahkamah kerana ia merupakan institusi yg adil.

Segalanya milikMu Ya Allah...
bersambung....

Monday, May 11, 2009

Tahniah Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin..



Salam kemenangan buat Menteri Besar Perak yang sah..Kesahihan tersebut semakin kukuh kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri ialah Menteri Besar Perak yang sah semalam. "Menteri Besar Sementara" iaitu Dato' Zambry telahpun dapat merasai sekejap kerusi panas itu. Walau apapun yang berlaku, marilah kita sama-sama doakan kemakmuran negeri Perak di bawah kepimpinan Islam.

Senario politik semasa memperlihatkan kepada kita bahawa semua ketentuan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Walau hebat manapun manusia yang mempunyai kuasa,namun Allah boleh mengubahnya. Semua yang ada adalah milik Mu Ya Allah.. wassalam...

salam permulaan...


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam, Dalam selawat yang disulam, Alun Zikir memuji Sohibul Alam...

Alhamdulillah akhirnya sy terbuka hati juga menjadi salah seorang bloggers di atas muka bumi Allah ini... Blog ini telah didaftar pada 12 Mei 2009 pada jam 1.45 pagi..Semoga dengan lahirnya blog ini, sy dapat membaiki diri dan bersemangat dalam perjuangan.. Wassalam...