Friday, October 19, 2012

Istimewanya Rayaku Tahun ini....

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Tak sampai seminggu lagi ummat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.
AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. Pasti ramai yang dah tahu mengenai dengan lebih mendalam lagi mengenai ibadah korban dan Aidiladha. Berbalik kepada tajuk entry kali ini, raya tahun ini sangat berbeza dengan raya sebelumnya...

Tahun ini, pertama kalinya aku diminta untuk menggantikan seorang insan yang cukup aku kagumi. Aku diminta untuk menggantikan beliau membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri. Dan untuk Hari Raya Aidiladha akan datang juga, aku diminta membaca khutbah sekali lagi. Insan yang aku kagumi itu ialah ayah Permata Hati aku. Beliau seorang Imam dan ayah yang berjaya mendidik anak-anak menjadi insan berjaya. Pada mulanya rasa gugup dan gementar. Alhamdulillah, aku dapat melaksanakan tugas itu dengan baik. Aku harap akan berjalan lancar juga akan datang. Aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk Permata Hatiku dan keluarganya.

Selain itu, raya tahun ni juga aku beraya di rumah Permata Hati. Rasa segan pada keluarganya pada awalnya dapat diatasi sedikit demi sedikit dan sekarang pun masih lagi segan. Tahun sebelumnya, Hari Raya aku cukup ringkas. Pergi solat hari raya, balik bermaafan dengan ibu dan saudara terdekat. Tahun ini, aku dapat merasai meriahnya raya di rumah Permata Hatiku. Berada dalam keluarga yang besar dan ceria, aku sangat gembira. Aku berdoa agar dapat menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Tahun depan kena beri duit raya dah.Hehehe. Suka melihat keceriaan dan kebahagiaan yang terpancar.

Perasaan gembira dan bahagia sebegini amat aku rindui. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Permata Hatiku. Aku juga berkesempatan menziarahi pusara ayahnya . Rasa sedih menyelubungi hatiku. Aku teringin sangat untuk menuntut ilmu daripada ayahnya. Namun, Allah lebih sayangkannya. Raya tahun ini sangat istimewa bagiku. Pengalaman dan perasaan yang ku peroleh tahun ini amat bermakna. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Permata Hatiku, adalah kurniaan Allah yang sangat istimewa. Nanti tahun depan, nak beri duit raya istimewa deh. :-)

Raya yang akan tiba nanti, aku berharap dapat melaksanakan permintaan dengan baik. Tatkala kita mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kita juga harus mengenang pengorbanan ibu bapa kita. Kadang-kadang, setiap pengorbanan itu tidak dirasai tetapi mungkin akan dirasai setelah insan yang berkorban itu pergi meninggalkan kita selamanya. Setiap pengorbanan, perlu dihiasi dengan penghargaan. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan. Ingatlah, setiap apa yang kita ada adalah SEGALANYA MILIK-MU YA ALLAH...sentiasalah bersyukur.

Wednesday, October 10, 2012

Pengalaman 10.10.12

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.




Hari ini merupakan 10 Oktober 2012 atau 10.10.12… tarikh ini merupakan antara tarikh yang mempunyai pelbagai cerita sama ada misteri, tragedi , duka atau pelbagai lagi.  Bagi sesetengah orang, tarikh ini merupakan tarikh yang cantik dengan kedudukan angkanya iaitu 10.10 dan disebalik keunikan angkanya itu, ada insan yang berduka pada tarikh ini. Di UPSI, tempat permata hatiku menuntut ilmu pula, tarikh ini penuh kisah misteri. Eh, kenapa nak ulas tentang tarikh ni pulak...sebenarnya tarikh ni juga memberi makna kepada aku.

 Pada hari ini, buat pertama kalinya dalam hidupku, aku memasuki mahkamah. Bukan sebagai pemerhati, tetapi sebagai pesalah. Bukan kes jenayah atau kes yang berat Cuma kes ringan yang tidak boleh dipandang remeh iaitu kes  saman JPJ. Walaupun ini kes JPJ, aku tetap dihadapkan di mahkamah dan akan dibacakan pertuduhan kesalahan yang aku lakukan.  Pengalaman ini merupakan pengalaman baru dalam hidupku.  Aku tiba pada awal pagi. Hati ini berdebar dan hanya mampu berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.  Tidak perlu untuk menyatakan kesalahan apa sebab nak dikongsikan ialah pengalaman. Saat memasuki kamar perbicaraan, rasa gemuruh dan debaran semakin kencang. 

Beberapa pesalah yang lain juga masuk bersamaku. Kiri kanan dalam kamar tersebut diisi oleh beberapa anggota polis. Semua individu yang berada dalam mahkamah membisu seribu bahasa. Masing-masing tertumpu pada pintu tempat Hakim keluar. Selepas bunyi loceng, Hakim keluar dan semua diminta berdiri. Seorang demi seorang pesalah dipanggil ke hadapan Hakim dan dibacakan pertuduhan mengenai kesalahan yang dilakukan.  Tiba giliranku, dengan penuh yakin aku ke depan. Langkah penuh yakin tapi lutut sedikit menggigil. Aku mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan memohon untuk membuat rayuan mengurangkan hukuman. Hakim tersebut seorang wanita dan aku memberi sebab untuk mengurangkan hukuman. Akhiranya, Hakim menerima rayuanku dan mengurangkan hukuman. Setelah itu, aku duduk di belakang kandang pesalah. Setelah selesai, aku keluar. Rasa lega dan syukur kepada Allah kerana melepasi ujian-Nya ini. 

Aku tidak tahu bagaimana perasaan jika seseorang defendan itu melakukan kesalahan jenayah yang berat dan dibacakan pertuduhan terhadapnya. Dan aku juga tidak dpat bayangkan bagaimana perasaan jika Hakim menjatuhkan hukuman gantung mandatori. Ini baru mahkamah di dunia dan bayangkan bagaimana nanti kita akan berhadapan dengan mahkamah YANG MAHA AGUNG di mana hakimnya adalah ALLAH dan amalan kita sebagai eviden (bukti) terhadap hidup kita di dunia. Sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Jaga lah diri sentiasa dan hindari jenayah. Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi kita. Hidup ni tak lama dan semua yang ada adalah Milik-Mu Ya Allah.wassalam…

Saturday, October 6, 2012

Kembali lagi dgn wajah baru

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Sekian lama blog ini tidak dihiasi dengan lirik lagu dan perkongsian ilmu...terasa bagaikan berat jari-jari ini untuk menaip entry baru..syukur kepada Allah...blog ini telah berwajah baru....jutaan terima kasih tidak terhingga buat permata hati Nora Aniza....kerana memberi semnagat  dan dorongan untuk meneruskan blog ini...wajah baru blog ini oleh Nora Aniza membuatkan sy terpegun .....terima kasih.... Dalam kegelapan malam dan menaip blog tanpa lampu....terasa sukar dan rumitnya apabila kita berada dalam kegelapan yang sedikit ini berbanding mereka yang gelap seluruhnya...entry kali ini ingin berkongsi sebuah lagu nasyid yang cukup popular dahulu dan kian dilupakan sekarang....Lagu ini dituju khas untuk permata hati terindah kurniaan Ilahi iaitu Nora Aniza...hayatilah lirik lagu ini...kepada pembaca sekalian, teruskan ziarah blog ini ye....Ingatlah sentiasa...apa yang ada dengan kita adalah semuanya milik Allah... syukurilah nikmat Nya.... semoga beroleh manfaat dan barokah....jumpa lagi...

Kasih Kekasih-InTeam

selamanya bersamamu....
Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan

Thursday, October 4, 2012

Cantik

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kata kau dah lupa
kau bersama kawan-kawan mu dan yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara
apa kata kita ambil sedikit masa untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

cantik
dirimu buatku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
cantik
sungguh aku cinta kamu

dia
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tua ku juga
dia
bisa cipta yang gula dari yang cuka
pandai menukar yang duka kepada suka
dia
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
pandai menjaga harta dan juga dirinya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
setia pada yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab lima waktunya
punya tempat dalam rancangan yang ku rangka
tak usah lengah ayuh kita berumah tangga

cantik
secantik suria menyinar
seindah bunga yang di taman
mekar
cantik
dirimu buatku tertarik
menghilang segala prasangka di jiwa
cantik
sungguh aku cinta kamu

aku
melihat kita bersama di hari tua
masih satu
tiada empat, tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kejar ibadat dan juga ilmu
anak kita dan ayahnya semua sebulu
aku bilang kau cantik dan mereka setuju


Sunday, September 30, 2012

Amalkan Ucapan Terima Kasih

Berapa kerapkah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu kita, kawan-kawan kita atau guru-guru kita? Tambah-tambah apabila bersama rakan, kita jarang untuk mengucapkan terima kasih, kerana kita sudah biasa dengan rakan kita. Rakan tolong belikan makanan, tolong belikan topap, tolong angkat kain kita dan macam-macam lagi. Kita kata, tak penting ucapan terima kasih di mulut, yang penting kita membalas balik perbuatannya. Saya juga selalu fikirkan begitu.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah S.W.T"

Namun, ada orang yang di mulut sahaja mengucapkan terima kasih. Dan terima kasih itu terhenti di situ sahaja tanpa membalas dengan perbuatan yang serupa. Lebih teruk kalau jasa baik orang lain dibalas dengan perbuatan jahat kita.

Banyak cara untuk membalas budi seseorang. Biasakan ucapan terima kasih, selain itu hendaklah memberi penghargaan, memberi senyuman, atau hadiah untuk kita membalas budi seseorang.



Saturday, November 19, 2011

2012 is coming....


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Beberapa ketika selepas filem 2012 ditayangkan, sibuk manusia mengatakan 2012 adalah akan berlakunya kiamat.Ramai mana manusia yang terpedaya dengan sepak terajang Yahudi dan Kristian.Ramai mana umat Islam secara tidak langsung ke arah mempercayai ramalan kaum Maya,buku ramalan Cina,Nostradamus( salah seorang astrolog Perancis),...tidak ketinggalan juga para ahli astronomi moden yang menyokong ramalan 2012 ini. Kepada umat Islam yang kurang ilmu dan kurang mantap akidahnya, hal ini boleh mempengaruhi mereka....Manakan tidak, dengan tayangan filem 2012, seolah manusia tahu kiamat adalah seperti itu....Saya bukan mahu mengulas tentang filem tersebut dalam entry ini. Saya cuma sekadar berkongsi dan sama-sama mengingatkan diri saya dan kepada kalian tentang kehadiran tahun 2012 yang akan tiba tidak lama lagi.

Perihal bila dan bagaimana berlakunya kiamat adalah HAK ALLAH...

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. AL-A'RAF 187.

Nah..jelas sekali kan..ni dalam Qur'an dah tercatat bahawa ia adalah HAK ALLAH...
Kita sebagai manusia dan hamba Allah perlu sentiasa mempersiapkan diri...Usah peduli tentang ramalan atau perkara khurafat yang lain..berpegang teguhlah dengan Al-Qur'an.

Ibnu Katsir mengatakan bahawa firman Allah,”Katakanlah:’Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.” Adalah perintah Allah SWT kepada Nabi-Nya S.A.W apabila Baginda S.A.W ditanya tentang waktu terjadinya kiamat maka Baginda S.A.W mengembalikan pengetahuan tentang itu kepada Allah swt. Sesungguhnya Dia lah yang menjelaskan waktu kedatangannya atau mengetahui kejelasan perkara itu dan bila kepastian waktunya. (Tafsir Ibnu Katsir juz III hal 518)

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

Ertinya : “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh Jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab : 63)

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا

Ertinya : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok.” (QS. Luqman : 34.

Jadi,ayuh persiapkan diri kita.Tingkatkan iman dan amal kita...Ingatlah kita hanya MENUMPANG bumi Allah...JASAD DAN ROH yang kita guna pakai ini juga HAK ALLAH...Semoga tahun 2012 kita menjadi hamba-Nya yang lebih bertaqwa dari tahun ini. Mungkinkah tarikh 12-12-12 akan menjadi pilihan seperti 11-11-11?
Tahun 2012 juga tahun terakhir penulis dalam pengajian.Selamat menyambut tahun baru.Azam baru, matlamat baru,minda baru.Ingatlah, segalanya milik-Mu Ya Allah...wassalam.

Thursday, November 3, 2011

Keutamaan Membaca Al-Qur'an...




KEUTAMAAN & KELEBIHAN MEMBACA AL QUR`AN

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lazat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lazat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.

Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berfikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk menghairahkan serta menghidupkan kembali keghairahan kita dalam membaca Al Qur`an, bersama kongsikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik
Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian yaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Ladang pahala.
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".

5. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga
Dari Muadz bin Anas , bahawa Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.


tatkala hati diselubungi kesedihan dan kegelisahan...Al-Quran menjadi peneman setia...bukannya muzik atau perkara lain...Semoga Kitabbullah akan terus menemani kita tidak kira dalam senang atau susah...Inilah mukjizat Penghulu segala ummah..sekadar perkongsian moga beroleh manfaat..Segalanya Milik Mu Ya Allah..Empunya alam ini...wassalam..