Friday, February 25, 2011

Permata Yang Dicari...


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Sekali lagi sy memasukkan entri lirik ini...Sekadar peringatan kepada diri agar mensyukuri kurniaan Allah dan peringatan agar tidak mencintai seseorang lebih daripada mencintai Allah...Segalanya Milik-Mu Ya Allah...Semoga ku harap,dialah permata yang dicari...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tuesday, February 15, 2011

I'm REJECTED.....going to be LONELY.....



Syukur...tiada komitmen yang spesifik utkku tahun ini...alhamdulillah...biar diri terasa tidak dihargai,namun terus cuba mengamalkan "Erti Hidup Pada Memberi" ...Dapat berjasa pada agama lebih bermakna daripada diri diangkat...Mission>>> Going to be BETTER than last year and find the true way of IMAN....mencari diri dalam sendirian dan kembali kepada ASAS TARBIYYAH...Kepada sahabat yg memahami,ini hanya sekadar coretan dan luahan.Bukan dituju kepada sesiapa.InsyaAllah,akan lebih maju tanpa jawatan.Sedia berbakti untuk agama dan ummah...

Thursday, February 10, 2011

Happy Birthday to me....




Ya Allah...berikanlah kekuatan padaku untuk tempuhi hidup sementara ini....

Wednesday, February 9, 2011

Secebis Mutiara Kata Untuk Direnung....part 2



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alun zikir memuji Sohibul 'Alam.

"Nabi Muhammad S.A.W ajar kita kalau nak berdoa,doalah ketika pintu langit terbuka.Bilakah ia terbuka? Ketika awal pagi,ketika khatib naik mimbar untuk berkhutbah,ketika hujan turun,ketika kecemasan yang teramat sangat dan lain-lain.
Inilah antara masa-masa yang disebut sebagai terbukanya pintu langit..."


"Selain ilmu,pengalaman juga merupakan senjata yang berharga.Oleh yang demikian,kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk turun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman,kita umpama dilepaskan ke tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang yang selamat.Namun,belum tentu kita berjaya merempuh samudera yang luas..."


"Taqwa hendaklah berdiri dengan dua asas iaitu imtisal(laksana perintah) dan ijtinab(jauhi larangan).Kedua-dua benda ni kena datang serentak baru boleh disebut sebagai TAQWA.Kalau hanya imtisal namun di dalam masa yang sama melanggar larangan Allah SWT,ia tidak dipanggil TAQWA...."


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak,tetapi biar sempurna.Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik.Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita,tetapi 'kotoran' dosa yang dibawa melalui mata,mulut,telinga,tangan dan kaki..."

Friday, January 21, 2011

Secebis Mutiara Kata Untuk Direnung....


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

"Ilmu itu tumpang menumpang,murid menumpang ilmu guru,guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia taawaun iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain..."


"Pejuang-pejuang Islam sangat beruntung kerana di bulan Ramadhan,Al-Quran yang mereka tadarus itu merupakan dasar mereka sendiri.Ini bererti mereka sedang membaca dasar-dasar perjuangan mereka yang termaktub di dalam Al-Quran.Pejuang-pejuang sekular contohnya,teramatlah rugi kerana tidak mempunyai kitab untuk ditadarus.Jika mereka tadarus Al-Quran sekalipun,kitab itu tidak mereka jadikan dasar. Sebab itu,mereka menjadi seorang pejuang Islam benar-benar suatu tuah yang dikurniakan oleh Allah SWT..."


"Blogger ni ada yang berwatak semut yang hanya pergi ke tempat yang manis.Ada yang berwatak lalat yang pergi ke tempat manis dan busuk.Ini kerana blogger pun manusia yang punya nafsu.Nafsu ni tidak boleh dikaji di makmal dan tidak boleh dilihat dengan mata.Oleh yang demikian,menjadi tanggungjawab blogger dan juga kita mengawal nafsu biar selari dengan ajaran Allah SWT...."


Sedikit mutiara kata dari Tuan Guru Nik Aziz untuk dikongsi bersama...semoga kita dapat menghayati isi tersurat dan tersirat yang boleh dimanfaat bersama..InsyaAllah...semuanya ilmu dari Allah.Segalanya Milik-Mu Ya Allah...Yang memiliki segala yang ada di seluruh alam...wassalam...

Sunday, January 9, 2011

Patah Hati-Saujana


Lirik Lagu Saujana - Patah Hati

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Tuesday, January 4, 2011

Kembara-saujana

Kembara
oleh: Saujana

Dunia penuh pancaroba
Dari keseronokan
Yang menguji desakan nafsu
Yang sering menipu jiwa dibelenggu

Takut mati meresapi hati
Hanyut dibuai gelora rasa
Cintakan dunia dan cinta segala
Kan membinasa

Perjalanan bahgia
Dibalut tiduri tersiksa
Merentas duniawi dan membahagia
Sedia menanti kan mentaati

Syurga indahnya jaminannya
Mengalir sungai
Sungai susu dan madu
Berbahagialah mereka di sana selamanya

Subhanaallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Hasbiallah

Maha Suci Allah
Syukur padanya
Begitulah hamba
Hamba yang bertakwa