Friday, October 8, 2010

Salam kerinduan....



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Salam kerinduan buat semua insan yg sudi menjenguk blog ini...terlalu lama rasanya sy tidak meng-update blog ini...bila punya kesempatan untuk update, terfikir berulang kali sesuai ke tidak apa yg akan di-update.Untuk yg kali ini,terasa hati ini amat perlu meng-update blog.Dalam tempoh ini, pelbagai perkara yg terjadi...Ada di antara perkara yg terjadi ingin sy kongsikan...

4 hari 3 malam,terasa bagaikan agak lama apabila diwajibkan mengikuti perkemahan unit beruniform.Dengan keadaan pergerakan badan yg agak terhad dan kesihatan yg kurang baik,maka terpaksa hadir jugak untuk pentauliahan.Hari pertama merupakan hari yg agak muram bagi sy..namun,terselit disebalik itu,satu perasaan yg amat suka dan ceria... hanya di dalam hati sahaja...melihat seseorang yg pernah dilihat sebelum ini turut serta di perkemahan ini...Hari seterusnya dilalui dengan bermacam perasaan..letih,sakit,suka,semuanya ada...hari terakhir,rupanya 4 hari 3 malam yg dirasakan agak lama itu sebenarnya amat sebentar.Terasa ingin dipanjangkan lagi tempoh itu...

Itu sekadar perkongsian apa yang sy lalui..Berdasarkan peristiwa ini,sy terfikir betapa singkatnya masa pada ketika ini....Yang dirasakan agak lama itu sebenarnya amat singkat jika dilalui dengan kemanisan...Begitu juga dengan iman dan amal kita...
Untuk menunaikan Qiyammullail misalnya,rasanya amat lama jika nak beribadah je dari malam sampai pagi...ye,memang agak lama.tapi cuba kita lakukan dengan penuh kemanisan,rasanya sebentar sahaja. Halawatul iman itu sukar diperoleh tanpa hati yg khusyuk.

apa yang dilalui dengan penuh khusyuk akan membuahkan hasil yg amat manis. Setakat ini dulu celoteh tidak tersusun sy...minta anda kongsi mengenai " Mencintai atau menyukai seseorang bukan muslim"...boleh emeil atau komen di blog ini...ingatlah,segalanya milik-Mu Ya Allah...wassalam

Sunday, August 15, 2010

Saturday, July 31, 2010

Jom berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


hayatilah selawat dengan penuh khusyuk dan syahdu di dalam hati...

Thursday, July 15, 2010

Ku Harap Cinta...


Ku Harap Cinta
Oleh: Now See Heart

Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawaban
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta

Kuharap
kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap
kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta...

Wednesday, May 12, 2010

Happy Birthday...


Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,

Tanggal 12 Mei 2010 genaplah setahun usia blog ini...Saya selaku insan yang bertanggungjawab terhadap blog ini memohom maaf daripada pembaca sekalian jika terdapat kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini. Blog ini hanyalah antara salah satu wasilah atau saluran untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan melalui blog ini saya dapat berkongsi dengan kalian yang sudi menziarah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pembaca atau sahabat yang sudi menziarah blog ini. InsyaAllah saya akan terus berkongsi apa yang ada dan saya akan cuba beristiqamah. Jangan malu jangan segan untuk memberi komen, nasihat dan kritikan terhadap blog ini. Segalanya adalah milik Allah dan kita semua hanya meminjam buat sementara. Semoga blog ini dan blog lain yang bermanfaat dapat meningkatkan saham kita di akhirat. Harta di dunia ialah duit dan harta di akhirat adalah amal soleh. Semoga blog ini diberkati Allah dan diteruskan selamanya. Mohon doa dan tunjuk ajar dari kalian...Selamat Hari Ulangtahun Pertama wahai blogku...wwww.shahfalah.blogspot.com

Tuesday, May 11, 2010

Jom kenali Junjungan Mulia,Muhammad S.A.W.....


NABI MUHAMMAD SAW
Insan Teragung

Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam,


Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

Rambutnya terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

Seimbang antara kedua bahunya

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

Warna kulitnya putih tapi sehat

Kulitnya putih lagi bercahaya

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

Badannya tidak gemuk

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

Perutnya tidak buncit

Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Friday, April 23, 2010

Nur Muhammad...suatu keunikan...


Sekadar perkongsian...selawat Nur Muhammad yang dialunkan dalam 4 bahasa berlainan merupakan suatu keunikan yang indah...sama-samalah kita hayati...

Nur Muhammad
oleh: InTeam dan Unique

Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika
Solawatullah Alaika

Para Rasul,NAbi-Nabi,
Adalah cahaya Ilahi,
Memimpin ummah dari kekufuran,
Membawa rahmat keseluruh alam,

(Bahasa Mandarin)
Sou you shi zhe,xian zhi sheng ren,
Yin Ling zhe shi ren zou xiang zhen dao,
Tao ling zhe ummah,yuan li na kufra,
Wei zheng ge yu zhou dai en chi.

(Bahasa Tamil)
Oo eraivaa unnai pottri,
Toodar Rasulullah,
Nam ellorum,andru serndu,
Eraivan valiel selvoom.

(Bahasa Inggeris)
All the Messengers,and the Prophets,
Shining bright from the light of Allah,
Saving mankind from the darkness,
Bringing rahmat to the whole world.