Wednesday, November 10, 2010

Jom istighfar...


Salam ukhuwwah...musim-musim exam ni elok kita banyakkan istighfar...hati bersih,jiwa tenang,jawapan hebat...amalkan istighfar setiap hari sehingga hembusan nafas terakhir...wassalam....

Monday, November 1, 2010

Penyokong beriman,pemain berdisiplin.....




Sekadar perkongsian dan renungan....moga dapat manfaat disebalik gambar...

Syukur...



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Alhamdulillah...alhamdulillah..itulah ucapan yg mampu diluahkan setelah detik 10.45 mlm 30 Oktober 2010...Tiupan wisel penamat menandakan berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dan sejarah tercipta...tahniah KELANTAN..ada sahabatku dari Selangor yg bertanya,itu baru pertama kali ke Kelantan menang Piala Malaysia??? Ya,itulah pertama kali.Namun,perhatikan kronologi kebangkitan Kelantan yang penuh dengan dugaan dan cabaran..Diharap selepas ini pihak yang terlibat berlaku adil.wassalam..

Friday, October 8, 2010

Salam kerinduan....



Awwalul kalam dengan salam, Buat junjungan Khairal Anam,Dalam selawat yang disulam , Alur zikir memuji Sohibul 'Alam.

Salam kerinduan buat semua insan yg sudi menjenguk blog ini...terlalu lama rasanya sy tidak meng-update blog ini...bila punya kesempatan untuk update, terfikir berulang kali sesuai ke tidak apa yg akan di-update.Untuk yg kali ini,terasa hati ini amat perlu meng-update blog.Dalam tempoh ini, pelbagai perkara yg terjadi...Ada di antara perkara yg terjadi ingin sy kongsikan...

4 hari 3 malam,terasa bagaikan agak lama apabila diwajibkan mengikuti perkemahan unit beruniform.Dengan keadaan pergerakan badan yg agak terhad dan kesihatan yg kurang baik,maka terpaksa hadir jugak untuk pentauliahan.Hari pertama merupakan hari yg agak muram bagi sy..namun,terselit disebalik itu,satu perasaan yg amat suka dan ceria... hanya di dalam hati sahaja...melihat seseorang yg pernah dilihat sebelum ini turut serta di perkemahan ini...Hari seterusnya dilalui dengan bermacam perasaan..letih,sakit,suka,semuanya ada...hari terakhir,rupanya 4 hari 3 malam yg dirasakan agak lama itu sebenarnya amat sebentar.Terasa ingin dipanjangkan lagi tempoh itu...

Itu sekadar perkongsian apa yang sy lalui..Berdasarkan peristiwa ini,sy terfikir betapa singkatnya masa pada ketika ini....Yang dirasakan agak lama itu sebenarnya amat singkat jika dilalui dengan kemanisan...Begitu juga dengan iman dan amal kita...
Untuk menunaikan Qiyammullail misalnya,rasanya amat lama jika nak beribadah je dari malam sampai pagi...ye,memang agak lama.tapi cuba kita lakukan dengan penuh kemanisan,rasanya sebentar sahaja. Halawatul iman itu sukar diperoleh tanpa hati yg khusyuk.

apa yang dilalui dengan penuh khusyuk akan membuahkan hasil yg amat manis. Setakat ini dulu celoteh tidak tersusun sy...minta anda kongsi mengenai " Mencintai atau menyukai seseorang bukan muslim"...boleh emeil atau komen di blog ini...ingatlah,segalanya milik-Mu Ya Allah...wassalam

Sunday, August 15, 2010

Saturday, July 31, 2010

Jom berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


hayatilah selawat dengan penuh khusyuk dan syahdu di dalam hati...

Thursday, July 15, 2010

Ku Harap Cinta...


Ku Harap Cinta
Oleh: Now See Heart

Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawaban
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta

Kuharap
kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap
kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta...